Parti rasuah yang gila kuasa akan bertembung dengan PAS di PRK Manek Urai. Hal ini telah dinyatakan oleh Muhyiddin dan disahkan oleh Najib. Perkara yang paling menarik untuk dilihat oleh pengundi-pengundi Manek Urai khasnya dan rakyat Malaysia amnya ialah pendekatan yang akan digunakan oleh UMNO dalam PRK itu.
UMNO kalah ketika berlawan dengan PKR di Permatang Pauh. UMNO kalah ketika bertarung dengan PAS di Kuala Terengganu. UMNO kalah ketika berjuang dengan PAS di Bukit Gantang. MIC yang "disokong" UMNO kalah ketika bertempur dengan PKR di Bukit Selambau. UMNO tersungkur sebelum bertanding di Penanti.
Dalam kesemua PRK yang disebutkan di atas, kecuali Penanti, UMNO-BN telah menggunakan entah berapa ribu juta ringgit wang rakyat untuk menagih undi. Namun, mereka kecundang. Paling tragis dan penanggungan malu yang tidak terhingga ialah tambahan 622 undi(19,071 - 18,449) dalam PRK Bukit Gantang setelah menghulur pelbagai projek mi segera terutama kepada kaum Cina.
UMNO memperlihatkan kemarahan yang tidak tertahan-tahan melalui kecaman Muhyiddin sehingga mengguris hati kaum itu. Seluruh rakyat Malaysia tidak akan lupa peristiwa ini. UMNO hanya pandai bercakap tetapi tidak menunaikan janjinya dengan jujur dan ikhlas.
Dalam lirik lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" terdapat kata-kata ini:
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas,
Bakti dicurah tak minta dibalas.
Rasanya semua pemimpin UMNO tidak pernah mendengar lirik itu yang setiap hari dimainkan oleh RTM. Kata-kata mereka setaraf dengan pengucapan burung nuri yang boleh bercakap.
Yang pasti gembira ialah UMNO Bahagian Kuala Krai. Kesemua pemimpinnya sedang menunggu kehadiran durian runtuh di tempat mereka. Wang menjadi wadah perjuangan UMNO. Betapa kuatnya cengkaman wang dalam kalangan UMNO dapat dilihat melalui lebih 900 aduan rasuah politik semasa pemilihan bahagian yang lalu. Penyelesaiannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Adakah mereka mengharap rakyat akan melupakannya dan seterusnya memaafkan perasuah-perasuah yang celaka itu? Jawabnya sampai bila-bila pun UMNO akan dicap sebagai parti perasuah.
Perasuah yang tegar tidak mungkin bekerja dengan ikhlas dan jujur untuk membanteras kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat. Sebab itulah golongan miskin tegar besar jumlahnya di Sabah, Terengganu, dan Perak. Anehnya, Kelantan yang diperintah PAS, yang sering dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan, menduduki tempat keenam dalam senarai miskin tegar.
No comments:
Post a Comment