Pagi ini, seorang pengedarnya mengadu penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu merampas edisi terbaru mingguan tersebut di beberapa premis di Selayang dan Gombak, Selangor.
Edisi 21-28 April memuatkan laporan muka depan kenyataan profesor undang-undang Dr Aziz Bari yang berpendapat sidang DUN Perak bulan depan "tidak sah" kerana tidak mendapat restu Speaker, V Sivakumar.
Ia juga menyiarkan foto pertemuan exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong - yang berdepan dengan penyebaran foto separuhnya bogelnya - dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul am PAS.
Menurut satu kenyataan Suara Keadilan hari ini, tindakan sama juga dilaporkan di beberapa tempat lain di seluruh negara.
"Dalam rampasan itu, KDN tidak menyatakan alasan secara khusus (alasan tindakannya) melainkan menyatakan bahawa penerbitan Suara Keadilan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan 1987).
"Beberapa pembaca juga menghubungi pihak kami dan melaporkan para penjual akhbar di Rawang dan Taman Melawati (Ulu Kelang) kini terpaksa menjual Suara Keadilan secara sembunyi-sembunyi (di bawah meja) akibat ugutan daripada KDN," kenyataan sidang pengarang akhbar pembangkang itu dipetik.
"Kami kesal kerana KDN masih melakukan rampasan dan ugutan kepada pengedar kami di seluruh negara."
Usaha menghubungi setiausaha bahagian kawalan penerbitan KDN Che Din Yusuh untuk ulasan lanjut gagal.
Akhbar itu juga mendesak:
sewenang-wenangnya untuk menekan penerbitan parti pembangkang.
No comments:
Post a Comment