
Saturday, March 7, 2015
Friday, March 6, 2015
Pelajar Cemerlang SPM 2015
Selaku Adun Batu Maung, Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan pelajar-pelajar ini diharap menjadi pendorong untuk pelajar-pelajar lain menggiatkan usaha agar berupaya mencapai kecemerlangan. Ingatlah bahawa “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Terima
kasih dan tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah, yang saling
bekerjasama menyalurkan usaha serta sumbangan untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini tercapai. Terima
kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang bekerjasama dalam memantau
anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka.
Semoga
kejayaan dalam SPM 2014 ini, manjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2015 untuk meneruskan usaha tanpa mengenal jemu dan putus asa, tanpa mengenal
cabaran yang bertimpa, demi mengaut kejayaan yang berganda, seumpama tiada lagi hari esok.Sekian, terima kasih.
YB Dato' Haji Abdul Malik Kassim
JAMUAN SEMPERNA TAHUN BARU CINA 2015
Pejabat Exco Agama Islam Pulau Pinang, Hidayah Center Pulau Pinang & Malaysian Chinese Assocation (MACMA) ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 8 Mac 2015 (Ahad) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang di Masjid Cina Titi Papan.
Semua dijemput hadir tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh
pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat dan sebagainya adalah
dijemput untuk menghadiri serta menikmati jamuan hidangan yang akan
disediakan pada majlis ini.
Diharap pengajuran acara ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara rakyat jelata yang berbilang kaum dan agama seterusnya dapat membentuk perpaduan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamuan Tahun Baru Cina akan turut didakan oleh Parti Keadilan Rayat di Pejabat Ranting Tanjong ( 181 Jalan Arglly (berhadapan Sek Men Perempuan Al-Mansor), dengan anjuran bersama Ranting KOMTAR, Pengkalan Kota, padang kota & Jalan Arglly. Jamuan ini akan berlangsung pada 8 Mac 2015 (Ahad) jam 5.00 petang hingga 7.00 Malam.
Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini dan seterusnya dapat mengiratkan perpaduan dikalangan ahli dan rakyat (khusunya).
Selamat Hari Wanita Sedunia
YB Dato' Haji Abdul Malik dan isteri ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita Sedunia" yang disambut pada 8 Mac 2015 ini merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka diraikan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia (International Woman’s Day).
Buat semua wanita, Sesungguhnya mereka amat istimewa kerana setiap dari mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru itu haruslah kita hargailah segala pengorbanan mereka, kerana mereka "Wanita Pendokong Aspirasi Negeri".
Monday, March 2, 2015
PROGRAM SARINGAN MAMMOGRAM PERCUMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Kerjasama:
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Pink Penang
- Penang Sihat
- Penang Women Development Corporation (PWDC)
- BP Healthcare Group
Program
ini dijalankan sepanjang tahun 2015 dengan penglibatan semua 40 Kadun
iaitu 4 kali untuk setiap Kadun. Wanita-wanita di setiap Kadun akan
diberikan peluang untuk menjalankan mammogram secara percuma. Program
ini akan dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad sahaja. Setiap satu
hari akan melibatkan 40 peserta wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas sahaja. Satu hari akan
dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi tengahari. 20
peserta akan dikumpulkan di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 7.30
pagi (Trip Pertama) dan akan
dibawa ke BP Diagnostic Centre iaitu di Jalan Sultan Ahmad Shah,
Georgetown. Kemudian, lagi 20 peserta yang lain akan dikumpulkan juga
di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 9.30
pagi (Trip Kedua) dan dibawa ke
BP Diagnostic Centre. Sarapan pagi akan disediakan. Taklimat
berkenaan mammogram, barah payudara, osteoporosis, dan lain-lain yang
berkenaan akan dijalankan pada jam 10.30 pagi di BP Diagnostic
Centre. Selepas taklimat tamat, makan tengahari akan disediakan pada
jam 11.30 pagi. Peserta untuk Trip Pertama akan pulang ke Pusat
Khidmat Batu Maung pada jam 12.00 tengahari. Sementara peserta Trip
Kedua akan memulakan pemeriksaan mammogram dan dijangka akan berakhir
pada jam 3.00 petang. Peserta
tidak perlu membuat sebarang bayaran sepanjang program ini
berlangsung. Makanan dan pengangkutan adalah percuma. Setiap peserta
dikehendaki membawa kad pengenalan.
APA
ITU MAMMOGRAM?
Mammogram
ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan
sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara.
Doctor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan
mammografi ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang
berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (lump), kesakitan
payudara (breast pain), nipple discharge dan lain-lain.
PERSIAPAN
SEBELUM MAMMOGRAM
Masa
yang paling sesuai untuk melakukan pemeriksaan mammogram adalah
seminggu selepas haid (selepas mandi hadas) jika mammogram dilakukan
seminggu sebelum haid, dikhuatiri bakal menyebabkan kesakitan ketika
pemeriksaan. Pada hari mammogram pesakit seharusnya TIDAK
hamil dan TIDAK memakai:
- Bedak
- Deodorant (pewangi ketiak)
- Minyak wangi, terutama sekali pada bahagian payudara dan ketiak
JADUAL
MAMMO PENANG UNTUK KADUN BATU MAUNG
Tarikh
|
Hari
|
Masa
|
1 Mac
|
Ahad
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
30 Mei
|
Sabtu
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
23 Ogos
|
Ahad
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
1 November
|
Ahad
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
PENDAFTARAN
Wanita-wanita
Batu Maung yang ingin menyertai program ini boleh memberikan nama
kepada JKKK untuk kawasan masing-masing ATAU
terus hubungi Pusat Khidmat Batu
Maung di talian 04-6261968.
Subscribe to:
Posts (Atom)


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
