...

Pages

Tuesday, November 3, 2015

Konvensyen Al Islam Rahmatun Lil Alamin





Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Syariah Muslim Pulau Pinang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, Penang Women’s Development Corporation (PWDC), ABIM.WADAH dan PKPIM akan menganjurkan Konvensyen Al Islam Rahmatun Lil Alamin pada 6 hingga 8 November 2015. Masuk adalah percuma. Masyarakat Pulau Pinang di jemput hadir tanpa mengira bangsa dan Agama.


Untuk live streaming program bersama Mufti Menk, slia klil pautan berikut:




Friday, October 16, 2015

PROGRAM IJTIMAK AL-HUFFAZ KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015


Jemputan ke Program Ijtimak Al-Huffaz  Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2015.

Berikut adalah atucara majlis:




Tuesday, September 8, 2015

Majlis Penyampaian Bantuan Sekolah Agama Rakyat / KAFA, Maahad Tahfiz, TADIS & Sekolah Pondok Negeri Pulau Pinang 2015



Program yang merupakan acara tahunan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon dan EXCO Agama Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Abdul Malik Kassim. Turut sama di majlis itu Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Dr Wan Azizah dan Y.Bhg Tuan Haji Mohd Sabu selaku pengerusi Parti AMANAH.

Majlis ini merupakan platform bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mendekati dan menghargai guru-guru pendokong agama Islam di Pulau Pinang. Bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, sebanyak 1000 guru-guru Sekolah Agama Rakyat, guru-guru KAFA, guru-guru Maahad Tahfiz dan TADIS termasuk guru-guru Sekolah Pondok yang mana merupakan kategori terbaru di dalam skim ini telah menerima sumbangan yang berjumlah RM 1.75 juta.

Semoga majlis yang berlangsung pada jam 2 petang pada hari sabtu 5 September 2015 bersamaan 21 Zulkaedah 1436H ini dapat membantu dan menyuntik semangan kepada guru-guru penerima di dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya, sementara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mencapai misinya dalam memartabatkan agama Islam di Negeri Pulau Pinang ini.

Tuesday, September 1, 2015

Penyampaian Sumbangan Kepada Jemaah Haji.



Pada hari kemerdekaan Malaysia ke 58, YB Dato' Malik selaku ADUN Batu Maung telah ke rumah beberapa bakal jemaah haji tahun 2015 yang tidak dapat hadir pada program Penyampaian Cenderamata kepada Bakal Jemaah Haji yang berlangsung tempoh hari.

Sebanyak 16 buah rumah telah dilawati oleh YB. YB juga turut meluangkan masa menceritakan pengalaman beliau ketika membawa jemaah haji dan umrah sewaktu beliau bekerja sebagai Mutawwif. Beliau juga memberi nasihat kepada bakal jemaah untuk menjaga kesihatan dan mendoakan rakyat Pulau Pinang hidup dalam keadaan aman damai. Menyedari krisis matawang dan kos sarahidup yang tinggi, YB telah memberi sedikit sumbangan kepada setiap Jemaah Haji berbentuk wang, telekung dan ihram.

Semoga sumbangan yang kecil ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos tanggungan bakal jemaah haji tahun ini. Didoakan semua bakal haji khususnya rakyat Pulau Pinang medapat haji yang mambrur dan semoga mereka pergi dengan dan pulang selamat ke tanah air.


Friday, August 21, 2015

Majlis Bacaan Yasin & Penyampaian Cenderahati kepada Jemaah Haji



Majlis Bacaan Yasin & Penyampaian Cenderahati kepada Jemaah Haji KADUN Batu Maung yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Abdul Malik Kasssim selaku ADUN Batu Maung.

Majlis yang bertempat di Masjid Permatang Damar Laut bermula selepas solat Asar dengan bacaan Yasin bagi mendoakan bakal-bakal jemaah agar selamat pergi dan pulang serta selamat menyempurnakan ibadah haji mereka. YB Dato Abdul Malik Kassim kemudiannya menyampaikan ucapan nasihat kepada bakal jemaah terutamanya berkaitan penjagaan kesihatan semasa di Tanah Suci nanti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa kain ihram bagi jemaah lelaki, manakala telekung kepada jemaah perempuan. YB Dato' Abdul Malik Kassim turut memberi duit sumbangan bagi meringankan bebanan jemaah-jemaah haji bagi ADUN Batu Maung N37.

Selamat menunaikan ibadah haji.

"Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur"

Thursday, August 20, 2015

Pemberitahuan: Pembukaan Semula Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu


Berikutan kesesakan yang berlaku selepas keputusan penutupan sementara Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Tuan Lim Guan Eng mengarahkan pembukaan semula lebuh raya tersebut serta merta iaitu pada 18 Ogos 2015.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri di akaun Twitter beliau serta video semasa berlangsungnya sidang media beliau mengenai isu ini.

Twitter

Kenyataan media Ketua Menteri.


UEM mohon maaf.

Thursday, August 6, 2015

Bengkel "Final Countdown UPSR 2015"




Pada hari Sabtu yang lalu, 16 Ogos 2015, satu bengkel ‘Final Countdown UPSR 2015’ telah berjaya dijalankan dengan kehadiran hampir 100 orang pelajar dari sekolah-sekolah disekitar DUN Batu Maung, Pulau Pinang. Pelajar yang hadir telah diberi beg yang berisi fail kertas, A4 dan alatan menulis. Bengkel ini telah berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan dimulai dengan perasmian oleh ADUN Batu Maung, YB Datuk Abdul Malik Kassim. Beliau telah memberi kata-kata perangsang  dan nasihat berguna kepada semua pelajar yang terlibat.

Sesi bengkel ini telah dimulai dengan ceramah motivasi selama 1 jam, kemudian diikuti dengan bengkel teknik dan panduan menjawab soalan UPSR oleh moderator-moderator yang berkaliber. Pelajar telah mengikuti 4 sesi bengkel yang merangkumi subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia di mana setiap sesi berlangsung selama 1 jam 30 minit.

Penutup bengkel telah diserikan dengan penyerahan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga perlaksanaan bengkel seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam pecutan terakhir mereka sebelum menjelang peperiksaan UPSR yang sebenar.
Selamat menghadapi UPSR dan selamat maju jaya!

Wednesday, July 22, 2015

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri N37 (Batu Maung)

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri N37 (Batu Maung) – YB Dato` Haji Abdul Malik Kassim ( ADUN Batu Maung ) | 24 Julai 2015 (Jumaat)| 8.00 Malam – 10 Malam | Tanah Lapang Pejabat JKKK Bukit Gedung, Pulau Pinang ( Sebelah Surau Ubudiah ) | SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, July 13, 2015

Singgah Sahur Bersama Gelandangan



Sempena Bulan Ramadan yang mulia, pejabat YB Dato` Haji Abdul Malik Kassim buat julung kalinya mengadakan program "Singgah Sahur Bersama Gelandangan", program ini juga turut di sertai oleh penuntut UA (universiti Awam), dengan adanya program sebegini dapatlah memupuk sifat bersedekah dikalangan masyarakat dan ia juga memberi sinar kepada gelandangan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Saturday, July 11, 2015

Lawatan Pemantauan Harga, Bekalan dan Kualiti Barangan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015



YB. Dato' Abdul Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Pengguna telah membuat pemantauan harga di Pasar Awam Teluk Bahang bersama-sama penghulu di Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya, MBPPP dan Kumpulan Pemantau Pengguna Teluk Bahang. Pada 11 Julai 2015 (Sabtu). Kenyataan Media adalah seperti berikut:

Thursday, July 9, 2015

Lawatan Mahabbah Ramadan Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Hospital Besar Pulau Pinang

Seperti yang dilakukan setiap tahun apabila tiba bulan Ramadan Al Mubarak YB Dato` Haji abdul Malik akan melakukan lawatan Hospital Besar Pulau Pinang, Lawatan ini dilakukan pada 3 Julai 2015 (Jumaat). Lawatan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kerajaan Negeri dengan kaki tangan Hospital Besar Pulau Pinang di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan masyarakat bersempena bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia ini. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Hospital tersebut dengan adanya program lawatan sebegini.

Monday, July 6, 2015

Majlis Penyerahan Cek Biasiswa Kecil

Majlis Penyerahan Cek Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang akan diadakan di TH Hotel, Komplex Tabung Haji, pada tarikh dan ketetapan berikut.

Thursday, July 2, 2015

Majlis Bebuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri...


Majlis ini akan diadakan pada ketetepan berikut dan majlis ini akan memberi sinar baru kepada golongan Asnaf, Nelayan & Ibu Tunggal bagi menyambut Aidilfitri.

Wednesday, July 1, 2015

Majlias Sumbangan Aidilfitri Kepada Orang Kelainan Upaya Penglihatan

Majlis penyerahan sumbangan ini dilakukan di perkarangan KOMTAR, dan melibatkan golongan Orang Kelainan Upaya Penglihatan, dengan adanya sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka bagi menyambut hari lebaran yang bakal tiba.

Majlis Berbuka Puasa & Perasmian Surau Padang Kota

Friday, June 26, 2015

Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri & Majlis Berbuka Puasa - Masjid Jamek Sg. Tiram


Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri & Majlis Berbuka Puasa bagi KADUN BATU MAUNG akan diadakan pada ketetapan berikut; Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran T.Y.T. Tun Dato` Seri Utama (DR.) Hj, Abdul Rahman Bin Hj. Abbas.

Monday, June 22, 2015

Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Majlis Berbuka Puasa

Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Majlis Berbuka Puasa akan diadakan diketetapan berikut, semuadijemput hadir bagi meramaikan majlis tersebut.

Lawatan ke Bazar Ramadan Bukit Gedung serta penyerah Apron


YB Dato` Abdul Malik melakukan lawatan ke Bazar Ramadan Bukit Gedung pada 20 Jun 2015 (Ahad) dan beramah mesra bersama penduduk & peniaga serta menyerahkan Apron kepada peniaga-peniaga pada lawatan tersebut.

Tuesday, June 16, 2015

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Saya ingin mengucap selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh kaum muslimin khususnya umat islam di Dun Batu Maung. Bersempena dengan kemustajaban doa pada bulan ini sudilah kiranya  mendoakan saya yang daif lagi banyak kekurangan ini agar Allah sentiasa ampunkan dosa, diberikan bimbingan taufiq, keikhlasan, dan pendirian yang redhaiNya. Dijauhkan dari sifat-sifat yang dimurkaiNya dan jiwa yang tamakkan dunia. Direzekikan khusyuk dan jiwa yang sentiasa tunduk kepada kebesaranNya.

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid, Surau & Golongan Asnaf


Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid, Surau & Golongan Asnaf akan diadakan pada ketetapan tersebut.

Tuesday, June 2, 2015

Gotong Royong & Bantuan Pukat Kepada Nelayan



Gotong royong di Permatang Damar Laut bersama-sama YB Dato` Haji Abdul Malik Kassim pada ketetapan berikut, dan bantuan pukat kepada nelayan pada 6 Jun 2015 yang turut sama dalam majlis ini dengan kehadiran  Afif Bahardin, selaku Exco Pertanian Pulau Pinang. semua dijemput hadir bagi menjayakan program ini.

Thursday, May 21, 2015

DAFTAR ONLINE :- Seminar "Menyemarakkan Keluarga Bahagia" oleh Y.Bhg. Prof Dato` Dr. Hj. Mohd Fadzilah Bin Kamsah.

 Lanjutan dari Hari Ibu Bapa, Pejabat Exco Agama Pulau Pinang menjemput semua untuk menyertai Seminar bertajuk "Menyerakkan Keluarga Bahagia" yang akan disampaikan oleh Pakar Mortivasi terkenal iaitu Y.Bhg. Prof Dato` Dr. Hj. Mohd Fadzilah Bin Kamsah.
Seminar ini akan diadakan pada ketetapan berikut.

>>UNTUK PENDAFTARAN SEMINAR MOTIVASI<<



Friday, May 15, 2015

Gotong - royong di Solok Sg Ara - Cleaner, Greener, Healthier & Safer


Gotong - royong di Solok Sg Ara bersama-sama YB Sim Tze Tzin & YB Dato` Haji Abdul Malik Kassim pada ketetapan berikut, semua dijemput hadir bagi menjayakan program ini.

Thursday, May 14, 2015

Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa Dun Batu Maung N37

Majlis Sambutan Hari Ibubapa yang akan diadakan selama 2 hari, ini memberi pengisian aktiviti-aktiviti santai dan ilmiah. Majlis Sambutan ini akan diserikan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan khas untuk DUN Batu maung. Marilah kita semua berkumpul bersama ahli keluarga dan luangkan masa pada majlis ini dan seterusnya kehadiran anda memeriahkan lagi majlis ini.

Forum Perdana Semperna Hari Ibubapa

Program Hari Ibubapa

Wednesday, May 13, 2015

"Guru Inspirasi... Mencorak Generasi"- Selamat Hari Guru




Saya selaku Adun Batu Maung ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia khususnya di DUN Batu Maung ."Guru Inspirasi... Mencorak Generasi" merupakan tema hari Guru.

Wednesday, May 6, 2015

" Ibu Ratu Hatiku" - Selamat Hari Ibu


 Saya selaku Adun Batu Maung & isteri ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua ibu-ibu khususnya di DUN Batu Maung ."Ibuku Ratu Hatiku" merupakan tema bagi sambutan hari ibu tahun ini kerana dalam kehidupan kita, seorang wanita yang bernama ibu perlulah sentiasa ditabalkan sebagai antara insan yang paling dihormati dan dikasihi . Tema ini juga diharap akan menjadi pendorong kepada generasi hari ini untuk lebih menghargai ibu mereka kerana peranan ibu-ibu ini amatlah besar  bagi menyuburkan nilai kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga serta masyarakat.

Sambutan Hari Ibu disambut pada setiap ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun (10 Mei 2015). Sambutan turut diraikan serentak di negeri-negeri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menhargai dan meraikan kaum ibu. Oleh demikian diharapkan setiap anak-anak meraikan ibu masing-masing bagi menghargai sumbangan dan jasa ibu kita.



Y.B. Dato' Hj Abdul Malik Kassim
ADUN Batu Maung N37

Monday, April 27, 2015

Perutusan Hari Pekerja Oleh YB Dato' Haji abdul Malik



Assalamualaikum dan Salam Muhibah.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Pulau Pinang dan khususnya kepada warga pekerja di Dun Batu Maung. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 1 April 2015 telah menjadi sejarah bagi rakyat Malaysia dimana secara rasminya pelaksanaan GST telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, kesannya telah dirasai oleh seluruh rakyat. Seperti yang diwar-warkan di media massa tentang kebaikan GST, namun realitinya adalah sebaliknya. Saya juga berpendapat bahawa kewujudan GST yang telah dilaksanakan ini hanyalah menambah beban rakyat. Saya juga menegaskan bahawa sebarang perubahan kepada dasar ekonomi atau percukaian negara, mestilah menyumbang kepada penambahbaikan jurang di antara yang kaya dengan yang miskin.
Saya sekali lagi ingin melahirkan rasa simpati terutamanya kepada golongan pekerja berpendapatan rendah. Bukan sahaja mereka terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang terus melambung tinggi malah nilai wang menyusut atas gaji yang meningkat pada kadar yang sangat perlahan. Walau apa pun, mahu tidak mahu, warga pekerja terpaksa belajar berjimat-cermat dan berbelanja menurut keperluan serta kemampuan sahaja.Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga kerja agar sentiasa berusaha menjadi pekerja yang produktif, berhemah dan berintegriti demi meneruskan pembangunan ekonomi negara. Saya juga ingin menyeru pihak majikan, agar memelihara dan menjamin hak pekerja sebaik-baiknya. Apabila hak-hak ini terjamin, pekerja akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas demi pembangunan dan kesejahteraan negara.

" SELAMAT HARI PEKERJA "

Y.B. Dato Haji Abdul Malik Kssim

Friday, April 24, 2015

Majlis Perasmian Malam Imbasan Al-Quaran



Majlis Perasmian Malam Imbasan Al-Quran, telah diadakan di Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang pada 23 April 2915 ( Khamis),antara  aktivit yang di adakan pada Majlis ini turut diadakan adalah Solawat, Bacaan Al-Quran, I’jaz Al-Quran, TazkirahTazkirah, Daklimasi sajak & Solat Isya’.


Wednesday, April 15, 2015

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN-BULAN AL- QURAN





Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Negeri Pulau Pinang Tahun 1436H

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Sambutan Bulan-bulan Al-Quran yang akan diadakan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini (1436H). Program ini bertujuan membangunkan modal insan yang berkualiti melalui penghayatan terhadap Al-Quran secara menyeluruh dari pelbagai spektrum kehidupan. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan rasa kecintaan masyarakat yang mendalam terhadap Al-Quran selain mengukuhkan jalinan ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, program ini diharapkan dapat melahirkan intelektual dan profesional Islam yang mampu bersaing dan membangun ketamadunan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-bulan Al-Quran ini akan diadakan pada 28 Jamadilakhir 1436H / 18 April 2015M iaitu pada hari Sabtu, jam 8.30 pagi bertempat di SP Arena Jalan Siakap Seberang Jaya Pulau Pinang. Majlis ini akan dilancarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. 

Saturday, April 11, 2015

Mangsa Kemalangan Dapat Perhatian..


YB Malik meluangkan masa melawat mangsa kemalangan di Permatang Tepi Laut. Dalam Kemalangan tersebut yang melibatkan 3 beranak di mana anak mereka  meninggal dunia. Bagi membantu keluarga ini YB Malik memberi  sumbangan serta bantuan JKM di proses untuk bantuan sara hidup.

Monday, April 6, 2015

Takziah Buat Datuk Seri Anwar.


 


 


      Datuk Ibrahim Abdul Rahman,merupakan bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia   pada 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang, Selangor.
      Datuk Seri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan pihak berkuasa melawat dan menghadiri pengebumian bapanya selepas solat Zohor tadi.
Menulis di laman Facebooknya, isteri Datuk Seri Anwar, Wan Azizah berkata ini adalah satu lagi ujian  bagi suaminya kerana semasa kali pertama dipenjarakan, Datuk Seri Anwar kematian ibunya. 
Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman, 96 tahun, pernah menjadi Anggota Parlimen UMNO dari tahun 1959 hingga 1969.
   Mereka yang melawat termasuk Menteri Ehwal  Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isterinya.
Kehadiran Dr Mahathir agak mengejutkan ramai orang. Namun isteri beliau, Dr Siti Hasmah berkata mereka sudah lama mengenali Allahyarham Datuk Ibrahim, sejak sebelum Datuk Seri Anwar berkahwin dengan Wan Azizah.


Saturday, March 7, 2015

Program Penghargaan warga emas 2015

 
Majlis Penghargan Warga Emas Dun Batu Maung akan diadakan di Maybank Jalan Tengah, oleh itu"WARGA EMAS" khususnya DUN Batu Maung  diminta untuk menghadirkan diri ke lokasi tersebut ini adalah sebagai PENGHARGAAN oleh Kerajaan Negeri kepada "WARGA EMAS", Tahniah kepada WARGA EMAS yang telah mendaftar.

Bermula dari 7 Mac 2015 hingga 8 MAC 2015, Anda yang telah mendaftar dengan Program Warga Emas akan menerima BAUCER Khas dan boleh menukarnya di Maybank berkenaan.

Majlis ini turut dihadiri oleh pengerusi JKKK DUN Batu Maung, kepada wakil warga emas anda digalakan datang pada jam 1.00 tengahari - 3.00 petang.

Friday, March 6, 2015

Pelajar Cemerlang SPM 2015


Selaku Adun Batu Maung, Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan pelajar-pelajar ini diharap menjadi pendorong untuk pelajar-pelajar lain menggiatkan usaha agar berupaya mencapai kecemerlangan. Ingatlah bahawa “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah, yang saling bekerjasama menyalurkan usaha serta sumbangan untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini tercapai. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang bekerjasama dalam memantau anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka.
Semoga kejayaan dalam SPM 2014 ini, manjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2015 untuk meneruskan usaha tanpa mengenal jemu dan putus asa, tanpa mengenal cabaran yang bertimpa, demi mengaut kejayaan yang berganda, seumpama tiada lagi hari esok.


Sekian, terima kasih.

YB Dato' Haji Abdul Malik Kassim 



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT