...

Pages

Sunday, October 10, 2010

Projek orang UMNO di pulau pinang

Apabila pakatan rakyat memeritah di Pulau Pinang,orang-orang UMNO tidak lagi dapat projek,maka mereka mencari ikhtiar untuk mendapatkan projek


Ini adalah salah satu projek Orang umno hendak mendapatkan wang,dengan menipu melayu P.Pinang.
Melayu sentiasa di tipu oleh orang-orang umno

KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man.

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.


Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

3 comments:

Anonymous said...

DOWNLOAD VIDEO BUKTI PEMBOHONGAN GUAN ENG
http://www.mediafire.com/file/2yjnc6bkix98sa6/guanenglidahbiawak.wmv

Kerana pembohongan yang kerap memperbodohkan rakyat,Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri di sambut kepulangannya dari Australia dengan bantahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada jam 9 malam tadi.


Sejak terdedahnya pembohongan dan temberang Guan Eng yang semua orang tahu beliau tidak mengakui menggunakan wang unsur judi dalam mana mana programnya,rakyat Pulau Pinang telah membuat bantahan diserata cerok negeri.


Guan Eng bersama Dr Mansor dan gerembolan chauvanist ultra kiasu tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas jam 9 tadi disambut oleh lebih kurang 30 orang kumpulan anak muda melayu Pulau Pinang dengan mengadakan demonstrasi secara aman kerana tidak berpuas hati diatas pembohongan dan memperbodohkan umat Islam yang kerap kali dilakukan oleh Guan Eng di hadapan balai pelepasan tingkat atas.


Guan Eng bersama rombongannya keluar dari pintu keluar VIP disambut dengan laungan 
perkataan 'Pembohong' ,'LIM Guan ENg Penipu',' Kencing
 Kepala Basah' serta' Melayu Pembelot' yang dimaksudkan kepada Dr Mansor TKM1.

Rata rata dari pemuda berumur dalam lingkungan 20-30an merentangkan banner yang tertera perkataan 'Lim Guan Eng Dulu Wang Judi Haram,Kini Wang Judi Halal Selamanya-Pembohong dan ada dikalangan mereka turut memegang plakad bertulis 'DAP Bohong,Amal Makruf Nahi Mungkar'

Yang menariknya ketua menteri berlidah biawak bersama rombongan beliau kelam kabut meninggalkan tempat kejadian walaupun ketika itu menyedari ramai wartawan menantikan beliau.Namun chauvanist ultra kiasu sosialis berlidah biawak ini tidak mempedulikan wartawan.

Inilah salah satu sifat pengecut dan bacul Guan Eng hingga tidak berani berhadapan dengan kebenaran dan bersua muka dengan rakyat Pulau Pinang. Inikah kerajaan RAKYAT yang dilaungkan,apabila mendapat bantahan terus melarikan diri dan tidak mempedulikan petugas media yang lama menantikan beliau .

Anonymous said...

Tidak hairan jika berlaku kekecohan dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR. Kita semua sudah sedia maklum tahu siapa pemimpin2 PKR yang berketurunan melayu, india dan cina. Boleh dikatakan hampir semua pemimpin2 PKR itu berasal dari BN, sama ada dari UMNO MCA atau pun MIC mengikut keturunan nya.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO, MCA dan MIC pun ada banyak kekecuhan nya. Terutama nya MIC dan UMNO dimana pernah berlaku tumbuk menumbuk dan kerusi terbang. Sikap dan sifat semula jadi nya itu memang sukar di hapuskan.

Begitu juga hal nya dengan 'politik wang', ianya sama kuat dalam UMNO , MCA dan MIC. Tidak pelik jika ianya diteruskan pula dalam PKR. Kerana hampir semua pemimpin2 PKR itu berasal dari BN. Boleh juga dikatakan hampir semua parti politik mengamalkan 'politik wang' cuma caranya sahaja ber beza2.

PKR pasti akan menerima nasib malang seperti S46. Ianya pasti akan berkubur juga pada PRU-13 akan datang. Calun2 yang mewakili parti itu pasti sukar untuk menang kerana penyokong2 nya sudah hilang kepercayaan nya.

Inilah masanya bagi PAS berfikir dan renungkan apa untung nya bersengkokol dengan PKR dan DAP. PAS juga sudah menerima banyak kecederaan kerana kersengkokol dengan PKR dan DAP. Yang tinggal dan masih setia menyokong PAS cuma ahli2 yang totok dan terlalu taksub kepada PAS. Sedangkan ahli2 biasa dan penyokong2 yang bukan ahli sudah mula beredar meninggalkan PAS.

Ini telah terbukti dalam dua PRK yang terakhir seperti di Manik Urai dan Hulu Selangor, PAS banyak kehilangan sokongan dari kaum melayu. Kini PAS akan berhadapan satu ujian besar di Galas, jika PAS gagal mempertahankan kerusi DUN Galas, maka terbukti nyata bahawa PAS sudah hilang sokongan dari kaum melayu

arios said...

Cuma nak tegur mangkuk ayun yang menulis dengan panjang lebar, hati dan mata anda dah dibutakan dengan pembohongan dan anda meneruskan pembohongan tersebut. Apa bukti wang judi diberikan sebagai wang sumbangan penghargaan kepada warga emas. Peruntukan yang diluluskan oleh Sidang DUN adalah pada tahun 2009 dan yang yang diterima dari Kelab Lumba Kuda mengikut Pegawai Kewangan Negeri pada tahun 2010 dan dimasukkan ke dalam akaun berasingan. Apa pula halnya dengan wang dari Kasino, 4D ,Toto dan lain-lain???
Sokongan dari kaum melayu , cina n india tidak boleh disokong melalui keputusan PRK. Segala jentera UMNO dan BN dihalakan ke PRK. Adilkah bagi Pakatan Rakyat. Dan untuk makluman cuma 7 Cabang yang mempunyai masalah ketika pemilihan Parti Keadilan Rakyat berbanding 220 cabang yang berdaftar.Cuba UMNO n Barisan buat pemilihan dari akar umbi mau 75% baling kerusi dan politik wang akan berganda-ganda



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT