...

Pages

Tuesday, July 6, 2010

Jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat


GEORGETOWN, 6 Julai: Pulau Pinang yang sememangnya merupakan sebuah destinasi menarik dan popular bagi pelancong tempatan dan luar negara telah berjaya meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan Negeri, Law Heng Kiang, pelancong dari Timur Tengah menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi menarik mereka untuk dikunjungi mulai Jun hingga September.

Law juga berkata, terdapat beberapa tarikan yang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi kunjungan mereka setiap tahun.

Katanya, tarikan dari pihak hotel juga menjadi salah satu peranan penting apabila mereka mempelbagaikan aktiviti dan program bagi menarik pelancong dari negara yang telah dikenal pasti mengunjungi negeri ini.

Promosi seperti 'Arabian Night' yang diperkenalkan itu menarik perhatian mereka di samping promosi lain yang membolehkan mereka mengunjungi Pulau Pinang, ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga bekerjasama dengan pihak hotel membuat penajaan dari segi tarian kebudayaan dan mengatur acara khas untuk pelancong khususnya dari Timur Tengah.

Sebagai bukti, ujarnya jumlah pelancong yang mendiami hotel-hotel seperti Rasa Sayang dan Golden Sands di Batu Ferringhi meningkat kepada 15 peratus pada bulan Jun yang lalu.

"Manakala pada bulan Julai ia meningkat mendadak kepada 40 peratus. Ini adalah kerana tarikan yang dilakukan dengan mempelbagaikan budaya Timur Tengah sepertimana yang pernah dilakukan oleh hotel Shangri La dan hotel-hotel yang lain," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang berkata, jumlah keseluruhan pelancong meningkat sebanyak 35 peratus jika dibandingkan mulai Januari hingga Mac 2009 apabila hanya 318,912 pelancong yang masuk ke Pulau Pinang.

Manakala dalam tempoh yang sama pada tahun 2010 seramai 430,355 pelancong berjaya dibawa masuk ke negeri ini,” katanya.

"Usaha gigih yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong akan diteruskan supaya ia bukan saja dapat memberi peluang meningkatkan ekonomi kepada penduduk negeri ini tetapi juga kepada pihak kerajaan," katanya lagi

2 comments:

Anonymous said...

Di serambi mekah ada orang duduk reban ayam, di Pulau Pinang buah pala dah gugur pokok asam nak di tebang kenapa wali selipar dan anwar tak bela orang ini???
Di bawah ini semua ini adalah FAKTA:
Sejarah dulu Pulau Pinang dibawah kerajaan Sultan Kedah.Kerajaan Langkasuka terdiri dari Kedah(termasukP.Pinang),Perlis,
Pattni dibawah kesultanan Kedah...bila siam nak menyerang sultan kedah minta tulung pada Inggris( Francis Light) dangan balasan hadiahkan Pulau Pinang ke Inggris( mudah sangat bagi pulau kat orang )...masa Singapura keluar dari Malaysia PM orang Kedah jugak (sekali lagi mudahnya bagi pulau kat orang lain)..semua tu FAKTA
Memang sah orang Melayu Pulau Pinang@Kedah ni jenis Melayu BODOH...dulu miskin bila kaya sikit mula hasad dengki..ada yang pandai macam Dr M puak ni jugak yang kata maha firaun siapa orang pengkhianat tu Anwar dari ulu ceruk Pulau Pinang@kedah lagi...
(Dr M banyak mendapat sokongan dari selatan semenanjung)
Ini semua FAKTA tu weiiii!!
So nak buat kerja/jalan mudah pada Melayu bodo di Pulau Pinang @ Kedah ni semua kerja depa...dari dulu sampai la ni...
Nampaknya baka-baka haprak keturunan pengkhianat Melayu banyak berasal dari Utara...
Aku rasa lepas ni telo depa pun nak dibagi kat orang lain buat hadiah...huhuhuhuhuh bodo..bodo..
Kes Limbang Blok L dan M bagi kat Brunei siapa perdana menteri nya Pak Lah orang mana... Pulau Pinang@kedah lagi...
Kalau orang selatan jadi PM Tun Hussain Onn dan Tun Razak tak ada satu negeri pun jatuh ke pembangkang tak kecoh2 pun...
Kepada Melayu Pulau Pinang dan seangkatan denganya padan la muka kau...Bapak YAHUDI Melayu pun lu fikir lah sendiri dari negari mana sihaprak ni datang....
Lepas ni kalau nak Melayu jadi maju dan bersatu biar PM dari Selatan semenanjung Malaysia....huhuuhuh

Anonymous said...

pasai ada orang-orang utara bodoh la lani bangsa melayu bole ras naik keter , bole keja kat bandar , bole keje dpt gaji besar2..kalau tak orang macam ni aku ras pagi2 makan ubi kayu rebus. lepas tu ambil pelita boh kat dahi pastu pi tonggek subuh kat pokok getah. aku rasanya ni bangsa kurang kot pasai tu hang buta sejarah ..makan bole sebarang makan tapi cakap kena pikiaq 2 kali ..orng kalu tak buta sejarah mcm hang tak la nak meroyan dok makai orng utara...aku rasa hang ni mesti bangsa kurang pasai tu ada otak tak leh nak pikiaq ada akai cukup bole guna untk buat cari makan tepi2 lubok saja pasai tu otak selut..



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT