...

Pages

Thursday, June 24, 2010

Dana Awam Jadi Mangsa Bayar Pampasan Kepada PLUS


KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada dana awam akan digunakan untuk membayar pampasan kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengurangan kadar tol di laluan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia ke Singapura Rabu Selasa lalu.

Menurut beliau pengurangan kadar tol itu adalah disebabkan pengunaannya tidak mencapai tahap yang diperlukan dan terikat kepada perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

"Saya ingin bertanya sama ada kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada PLUS disebabkan pengiraan kadar tol tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian yang dimeterai antara dua kerajaan.

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional memaksa pihak konsesi supaya menurunkan harga tol dan akibatnya kerajaan perlu membayar pampasan menggunakan wang rakyat," kata beliau pada sidang media di parlimen semalam.

Menurut Tony, soalan berhubung pampasan kepada PLUS berhubung konsesi Link Kedua akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat.

Semalam, media melaporkan Malaysia dan Singapura bersetuju mengurangkan kadar tol bagi pengguna Link Kedua sebanyak 30 peratus berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Persetujuan itu dicapai dalam perjumpaan antara Najib dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di sini Selasa lepas.

Link Kedua merujuk kepada laluan jambatan yang menghubungkan Singapura dan Malaysia sepanjang 47km dari Tanjong Kupang ke Senai di Johor, dan sebuah jambatan dua tingkat yang merupakan lebuh raya dua hala tiga lorong yang menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dan Tuas di republik itu.

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT