...

Pages

Thursday, November 26, 2009

PROJEK SAYANG RETORIK UMNO/BN-malaysiakini

Penubuhan Projek Sayang oleh Wanita UMNO tidak lebih dari usaha penjenamaan semula Wanita UMNO untuk meraih simpati dan keyakinan dari orang Melayu yang sudah putus harapan terhadap keupayaan UMNO dan BN menjaga kebajikan rakyat dan mentadbir-urus negara.

Dengan penubuhan Projek Sayang; jelas bahawa ’khidmat masyarakat’ UMNO/ BN yang diuar-uarkan selama ini hanyalah retorik semata-mata tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan.

Persoalan yang penting di sini ialah - dari manakah datangnya dana yang akan digunakan untuk ’membiayai’ projek baru Wanita UMNO ini? Sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van dihias logo projek ini dipamir dan dinaiki oleh ‘petugas’ projek ini pada hari pelancaran. Ketua Gerakan Wanita UMNO; Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengasaskan projek ini juga adalah merupakan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) sudah menyediakan perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial termasuklah ’Pengurusan Bantuan dan Bencana’.
Adakah ini bermaksud program JKM ini tidak berjaya atau kini Wanita UMNO akan menjadi ’peneraju’ program-program perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial di bawah JKM?

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Mentari BN yang terbaru, jelas sekali polisi pentadbiran negara semakin hilang fokus apabila program parti dicampur-adukkan dengan fungsi tadbir-urus negara. Dana negara digunakan untuk mempopularkan sesebuah organisasi dan tidak lagi fokus kepada fungsi sebenar untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Slogan ’1Malaysia’ semakin membuka pekung UMNO dan BN yang gagal menjaga kepentingan rakyat dan negara.


HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Ampang

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT