Gotong - royong di Solok Sg Ara bersama-sama YB Sim Tze Tzin & YB Dato` Haji Abdul Malik Kassim pada ketetapan berikut, semua dijemput hadir bagi menjayakan program ini.
Friday, May 15, 2015
Thursday, May 14, 2015
Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa Dun Batu Maung N37
Forum Perdana Semperna Hari Ibubapa
Program Hari Ibubapa
Wednesday, May 13, 2015
"Guru Inspirasi... Mencorak Generasi"- Selamat Hari Guru
Wednesday, May 6, 2015
" Ibu Ratu Hatiku" - Selamat Hari Ibu
Saya selaku Adun Batu Maung & isteri ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua ibu-ibu khususnya di DUN Batu Maung ."Ibuku Ratu Hatiku" merupakan tema bagi sambutan hari ibu tahun ini kerana dalam kehidupan kita, seorang wanita yang bernama ibu perlulah sentiasa ditabalkan sebagai antara insan yang paling dihormati dan dikasihi . Tema ini juga diharap akan menjadi pendorong kepada generasi hari ini untuk lebih menghargai ibu mereka kerana peranan ibu-ibu ini amatlah besar bagi menyuburkan nilai kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga serta masyarakat.
Sambutan Hari Ibu disambut pada setiap ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun (10 Mei 2015). Sambutan turut diraikan serentak di negeri-negeri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menhargai dan meraikan kaum ibu. Oleh demikian diharapkan setiap anak-anak meraikan ibu masing-masing bagi menghargai sumbangan dan jasa ibu kita.
Y.B. Dato' Hj Abdul Malik Kassim
ADUN Batu Maung N37
ADUN Batu Maung N37
Monday, April 27, 2015
Perutusan Hari Pekerja Oleh YB Dato' Haji abdul Malik
Assalamualaikum dan Salam Muhibah.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Pulau Pinang dan khususnya kepada warga pekerja di Dun Batu Maung. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 1 April 2015 telah menjadi sejarah bagi rakyat Malaysia dimana secara rasminya pelaksanaan GST telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, kesannya telah dirasai oleh seluruh rakyat. Seperti yang diwar-warkan di media massa tentang kebaikan GST, namun realitinya adalah sebaliknya. Saya juga berpendapat bahawa kewujudan GST yang telah dilaksanakan ini hanyalah menambah beban rakyat. Saya juga menegaskan bahawa sebarang perubahan kepada dasar ekonomi atau percukaian negara, mestilah menyumbang kepada penambahbaikan jurang di antara yang kaya dengan yang miskin.
Saya sekali lagi ingin melahirkan rasa simpati terutamanya kepada golongan pekerja berpendapatan rendah. Bukan sahaja mereka terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang terus melambung tinggi malah nilai wang menyusut atas gaji yang meningkat pada kadar yang sangat perlahan. Walau apa pun, mahu tidak mahu, warga pekerja terpaksa belajar berjimat-cermat dan berbelanja menurut keperluan serta kemampuan sahaja.Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga kerja agar sentiasa berusaha menjadi pekerja yang produktif, berhemah dan berintegriti demi meneruskan pembangunan ekonomi negara. Saya juga ingin menyeru pihak majikan, agar memelihara dan menjamin hak pekerja sebaik-baiknya. Apabila hak-hak ini terjamin, pekerja akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas demi pembangunan dan kesejahteraan negara.
" SELAMAT HARI PEKERJA "
Y.B. Dato Haji Abdul Malik Kssim

Friday, April 24, 2015
Majlis Perasmian Malam Imbasan Al-Quaran
Majlis Perasmian Malam Imbasan Al-Quran, telah diadakan di Dewan Solat Masjid Negeri Pulau Pinang pada 23 April 2915 ( Khamis),antara aktivit yang di adakan pada Majlis ini turut diadakan adalah Solawat, Bacaan Al-Quran, I’jaz Al-Quran, TazkirahTazkirah, Daklimasi sajak & Solat Isya’.
Wednesday, April 15, 2015
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN-BULAN AL- QURAN
Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Negeri Pulau Pinang Tahun 1436H
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Sambutan Bulan-bulan Al-Quran yang akan diadakan sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini (1436H). Program ini bertujuan membangunkan modal insan yang berkualiti melalui penghayatan terhadap Al-Quran secara menyeluruh dari pelbagai spektrum kehidupan. Ia juga bertujuan untuk memperkasakan rasa kecintaan masyarakat yang mendalam terhadap Al-Quran selain mengukuhkan jalinan ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, program ini diharapkan dapat melahirkan intelektual dan profesional Islam yang mampu bersaing dan membangun ketamadunan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Majlis Pelancaran Sambutan Bulan-bulan Al-Quran ini akan diadakan pada 28 Jamadilakhir 1436H / 18 April 2015M iaitu pada hari Sabtu, jam 8.30 pagi bertempat di SP Arena Jalan Siakap Seberang Jaya Pulau Pinang. Majlis ini akan dilancarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Monday, April 13, 2015
Saturday, April 11, 2015
Mangsa Kemalangan Dapat Perhatian..
YB Malik meluangkan masa melawat mangsa kemalangan di Permatang Tepi Laut. Dalam Kemalangan tersebut yang melibatkan 3 beranak di mana anak mereka meninggal dunia. Bagi membantu keluarga ini YB Malik memberi sumbangan serta bantuan JKM di proses untuk bantuan sara hidup.
Monday, April 6, 2015
Takziah Buat Datuk Seri Anwar.
Datuk Ibrahim Abdul Rahman,merupakan bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia pada 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang, Selangor.
Datuk
Seri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan pihak
berkuasa melawat dan menghadiri pengebumian bapanya selepas solat Zohor
tadi.
Menulis di laman Facebooknya, isteri Datuk
Seri Anwar, Wan Azizah berkata ini adalah satu lagi ujian bagi
suaminya kerana semasa kali pertama dipenjarakan, Datuk Seri Anwar
kematian ibunya.
Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman, 96 tahun, pernah menjadi Anggota Parlimen UMNO dari tahun 1959 hingga 1969.
Mereka
yang melawat termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta
isterinya.
Kehadiran Dr Mahathir
agak mengejutkan ramai orang. Namun isteri beliau, Dr Siti Hasmah
berkata mereka sudah lama mengenali Allahyarham Datuk Ibrahim, sejak
sebelum Datuk Seri Anwar berkahwin dengan Wan Azizah.
Saturday, March 7, 2015
Program Penghargaan warga emas 2015

Majlis Penghargan Warga Emas Dun Batu Maung akan diadakan di Maybank Jalan Tengah, oleh itu"WARGA EMAS" khususnya DUN Batu Maung diminta untuk menghadirkan diri ke lokasi tersebut ini adalah sebagai PENGHARGAAN oleh Kerajaan Negeri kepada "WARGA EMAS", Tahniah kepada WARGA EMAS yang telah mendaftar.
Bermula dari 7 Mac 2015 hingga 8 MAC 2015, Anda yang telah mendaftar dengan Program Warga Emas akan menerima BAUCER Khas dan boleh menukarnya di Maybank berkenaan.
Majlis ini turut dihadiri oleh pengerusi JKKK DUN Batu Maung, kepada wakil warga emas anda digalakan datang pada jam 1.00 tengahari - 3.00 petang.
Friday, March 6, 2015
Pelajar Cemerlang SPM 2015
Selaku Adun Batu Maung, Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan pelajar-pelajar ini diharap menjadi pendorong untuk pelajar-pelajar lain menggiatkan usaha agar berupaya mencapai kecemerlangan. Ingatlah bahawa “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Terima
kasih dan tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah, yang saling
bekerjasama menyalurkan usaha serta sumbangan untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini tercapai. Terima
kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang bekerjasama dalam memantau
anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka.
Semoga
kejayaan dalam SPM 2014 ini, manjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2015 untuk meneruskan usaha tanpa mengenal jemu dan putus asa, tanpa mengenal
cabaran yang bertimpa, demi mengaut kejayaan yang berganda, seumpama tiada lagi hari esok.Sekian, terima kasih.
YB Dato' Haji Abdul Malik Kassim
Subscribe to:
Posts (Atom)
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

.jpg)
.jpg)