...

Pages

Sunday, February 14, 2010

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM



Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun harimau. Ianya melambangkan keberanian, kejujuran, tangkas, sedia bersaing dan siaga mempertahankan maruah. Kebiasaannya masyarakat Cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih cemerlang. Namun bagi semua rakyat Malaysia ciri-ciri baik seperti berani, jujur, bersedia untuk bersaing dan berani mempertahankan maruah ternyata bukanlah asing bagi kita yang mempunyai asas kepercayaan dan tradisi masing-masing.

Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, bebas dari rasuah dan jenayah. Yakinilah, kita rakyat pasti dapat mengharungi segala rintangan demi mengembalikan Malaysia kepada maksud asal penubuhannya. Harapan kita agar negara ini adil serta saksama menjamin hak semua rakyatnya tanpa mengira kepercayaan dan ras.

Dengan kesempatan ini izinkan saya mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua.

Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya. Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja KEADILAN di semua peringkat.


ANWAR IBRAHIM

Saturday, February 13, 2010

Perarakan Maulidur Rasul Tetap Diadakan

Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

Friday, February 12, 2010

Bebas dari galas biawak hidup’ – PKR P Pinang


PULAU PINANG, 12 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.

Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.

Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.

"Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau.

Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.

Waktu itu, ujarnya ramai kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.

Beliau juga hairan melihat sikap Zahrain pada tahun 2010 yang sepatutnya bekerja keras membantu PKR Pusat ataupun negeri walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri.

"Saya rasa bangga dengan ucapanya sewaktu peralihan kuasa kepada Dr Mansor di Yayasan Aman, Penanti di mana beliau berkata walaupun tiada apa-apa jawatan di peringkat negeri tetapi atas dasar perjuangan beliau tetap berdiri di belakang Dr Mansor, " jelasnya.

Rupa-rupanya, kata Mustaffa Kamal apa yang dikatakan tidak menjadi kenyataan kerana Zahrain tewas di tengah jalan perjuangan.

DSAI - Saya kecawa tindakan Zahrain

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


PUTRAJAYA, Feb 12 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam reaksi segeranya berkata beliau kecewa dengan keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim untuk keluar partinya dan menjadi wakil rakyat bebas.

Zahrain, salah seorang daripada empat Ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang pagi ini mengumumkan keputusannya untuk keluar parti itu, menjadikannya anggota perundangan persekutuan yang pertama dari PKR berbuat demikian.

“Sebagai rakan satu parti dan kawan, saya kecewa kerana beliau tidak pernah membawa perkara ini ke peringkat parti, kecuali perselisihan peribadinya dengan Lim Guan Eng,” kata Anwar kepada wartawan di pekarangan Mahkamah Rayuan di sini.

Ketua pembangkang itu berada di Mahkamah Rayuan berhubung permohonannya merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan agar kes liwatnya diketepikan.

Dalam komennya Anwar mempertahankan pendiriannya bahawa kecaman pedas Zahrain terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang adalah tidak patut dan tidak munasabah sama sekali.

“Saya kecewa kerana janji yang kita buat kepada penduduk kawasan Bayan Baru... mereka memberikan kita mandat, mereka berkorban untuk memilih beliau (Zahrain) sebagai jurucakap Pakatan Rakyat, bukannya wakil bebas ataupun jurucakap mesra Barisan (Nasional),” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil menambah berita ini adalah sesuatu yang baru baginya dan perlu berunding dengan rakan-rakannya.

Malah Anwar juga tidak memberikan respons apabila pemberita bertanya kepada beliau dan peguamnya Karpal Singh berhubung kemungkinan kesan ke atas Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kedua-dua mereka adalah wakil rakyat dari Pulau Pinang iaitu Anwar di Permatang Pauh manakala Karpal mewakili kerusi Bukit Gelugor.

Anwar kekal diam tetapi ia dijawab oleh Karpal.

“Tidak akan ada kesan balas. Pemergian Zahrain (bertindak keluar) bukan satu kerugian kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang,” kata Karpal yang juga Penasihat Kebangsaan DAP.

Kata Karpal, Pulau Pinang masih merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Zahrain bukan tokoh politik berpengaruh, ujar Karpal.

Thursday, February 11, 2010

Ceramah Perdana Isu-isu Panas! Tolak Fitnah, Selamatkan Pulau Pinang 铲除诬赖,迎春讲座会


Program 1

Tarikh: Februari 12, 2010 (Jumaat) 星期五
Masa: 9 malam 晚上9时
Tempat: Tapak Pesta Sg Nibong, Pulau Pinang

Penceramah:
YAB Lim Guan Eng ( Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Mansor Othman, (Timbalan Ketua Menteri)
YB Malik Kassim,( Exco Kerajaan Negeri)
YB Chow Kuan Yeow, (Exco Kerajaan Negeri)
YB Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
YB Raveentharan, (ADUN Batu Uban)
YB Sim Tze Tzin, (ADUN Pantai Jerejak)

Program 2

HIMPUNAN RAKYAT MENYOKONG Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tempat : Dewan Millenium Bertam, Kepala Batas SPU
Tarikh : 16hb. Feb. 2010 ( Selasa)
Jam : 9 malam

Penceramah :

YB Anwar Ibrahim
YAB Lim Guan Eng
YB Mansor Othman
YB Law Choo Kiang
YB Ng Wei Aik
Yg. Bhg. Amir Ghazali
Yg. Bhg. Ust. Yusni Mat Piah
Yg. Bhg. Ust. Roshidi Mustafa


Untuk Pengetahuan Tuan-tuan dan puan-puan di jemput hadir bersama:
Sebarkan! Please FWD! 传!

Wednesday, February 10, 2010

Zahid Hamidi sila letak jawatan - AMK P.Pinang

Utusan Meloya hari ini siarkan berita bahawa UMNO bantah cadangan lantik Mansor pengerusi PUZ.

Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini. berita lanjut di sini.

Rizal Hamid selaku Ketua Penerangan AMK P.Pinang menegaskan bahawa AMK P.Pinang berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya cadangan perlantikan YB Mansor Othman sebagai Pengerusi PUZ Negeri P.Pinang kerana :-

1) Cadangan perlantikan YB Mansor Othman tidak melanggar mana-mana perlembagaan dan undang-undang dalam majlis agama Islam P.Pinang.

2) AMK P.Pinang percaya sekiranya YB Mansor Othman dilantik menjadi pengerusi PUZ yang baru, ia akan dapat memberi lebih banyak faedah kepada umat Islam P.Pinang.

3) YB Mansor adalah seorang pemimpin yang paling layak menerajui PUZ kerana telah terbukti idea mewujudkan "TEKUN" untuk membantu peniaga kecil khususnya peniaga Islam yang memerlukan dana bagi mengelakkan mereka dengan kegiatan along. Ideanya itu diguna pakai sehingga kini oleh UMNO/BN (TEKUN NASIONAL).

AMK P.Pinang menegaskan bahawa Zahid Hamidi tidak perlu campur tangan dalam urusan pentadbiran P.Pinang.

Beliau seharusnya memberi tumpuan dan menyelesaikan masalah keselamatan negara yang lebih penting terutamanya isu enjin jet hilang dan kebocoran maklumat ketenteraan kepada negara luar. Isu ini lebih serius kerana ia melibatkan soal ancaman keselamatan negara.

Tuduhan bahawa kerajaan P.Pinang adalah 'kerajaan Zionis' juga adalah keterlaluan kerana kerajaan negeri P.Pinang yang baru tidak pernah berjumpa atau mengadakan perhubungan dengan Israel tetapi Zahid Hamidi pernah berjumpa dengan Menteri Israel dan BN pernah mengundang kumpulan Kriket dari Israel ke Malaysia. Jadi sekarang siapa 'Zionis"? Pakatan Rakyat atau BN?

Rakyat P.Pinang juga pada hakikatnya menolak perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang kerana kesan perlantikan beliau melambangkan UMNO ketandusan Pemimpin di P.Pinang.

Sehubungan dengan itu, AMK P.Pinang mendesak supaya Zahid Hamidi melepaskan jawatannya kerana gagal menjadikan UMNO sebagai Pengerusi BN P.Pinang menggantikan Parti Gerakan yang telah menyebabkan seolah-olah UMNO tiada maruah dan terpinggir walaupun UMNO menang 11 kerusi DUN di P.Pinang.

Sunday, February 7, 2010

K'jaan negeri buat laporan polis terhadap DPMMPP

Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.
ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo yang mewakili kerajaan negeri berkata DPMMPP menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu.

sedaq protest against penang government 050210 ibrahim ali speech 03

"Kenyataan oleh DPMMPP adalah fitnah dan berniat mencetuskan sentimen perkauman kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow telah menjelaskan perkara ini berdasarkan statistik daripada pihak berkuasa tempatan," katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau turut meminta polis untuk menyiasat sama ada kenyataan yang dikemukakan DPMMPP sebelum ini merupakan kenyataan palsu atau fitnah jenayah terhadap kerajaan negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Semalam sebanyak 50 badan bukan kerajaan Melayu yang dikenali sebagai 'Gabungan Sedaq' telah mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri bagi menyampaikan rasa kurang senang terhadap layanan yang diberikan kepada peniaga Melayu.

sedaq protest against penang government 050210 rizal faris mohideen

Antara mereka yang bercakap sewaktu protes tersebut ialah presiden DPMMPP Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa telah merobohkan premis peniaga Melayu.

Perhimpunan yang dihadiri 300 orang itu, yang diketuai oleh presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, gagal menyerahkan memorandum terus kepada Guan Eng.

Marah kerana hanya ditemui setiausaha politik ketua menteri - Ng Wei Aik, mereka bertindak membakar memorandum tersebut sebelum turut membakar patung Guan Eng.


Saturday, February 6, 2010

MEMPERSOAL KEDUDUKAN SAYA DALAM KEADILAN -Dr Syed Husin Ali

Dua orang telah mempersoal kedudukan saya dalam KEADILAN. Mula-mula saya tidak berhasrat menjawab tuduhan liar mereka. Kini saya merasa perlu memberi sedikit penjelasan supaya mereka dan media yang dikuasai Umno tidak terus berbohong.

Keputusan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk bercantum dan membentuk Parti Keaadilan Rakyat telah dibuat dengan majoriti besar lebih dua-pertiga dalam Kongres dan Mesyuarat Agung tahunan masing-masing sekitar tahun 2002. PRM juga bersetuju untuk menutup parti. Berikutannya, Pimpinan Peralihan Keadilan Rakyat dibentuk dengan wakil-wakil dari dua-dua parti menganggotainya.

Pihak Pendaftar Pertubuhan telah melengah-lengahkan pendaftaran Parti baru ini. Jadi kami mengambil keputusan membawa perkara ini ke Mahkamah. Akhirnya Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan memihak kepada pendaftaran Parti. Pada 3hb Ogos Parti Keadilan Rakyat dilancarkan dengan rasminya.

Namun pihak ROS kelihatan liat hendak menerima keputusan majoriti lebih dua pertiga yang dibuat oleh Kongres PRM. Mereka membenarkan sekumpulan kecil serpihan untuk meneruskan PRM. Sebenarnya, beberapa orang pemimpin serpihan telah menyertai pimpinan peralihan Keadilan Rakyat. Mereka keluar apabila diberi peluang oleh ROS.

Itu sebabnya sepuluh orang bekas pemimpin PRM asal, termasuk saya, mencabar dalam mahkamah tindakan ROS itu. Kami tidak mengiktiraf “PRM” baru ini kerana ia bertentangan dengan keputusan Kongres PRM. Keputusan mahkamah tidak memihak kepda kami. Kumpulan serpihan kecil itu meneruskan parti. Namun mereka tidak pernah dapat menarik lebih dari 50 orang untuk menghadiri “kongres” tahunan mereka. Baru-baru ini Presiden mereka kembali ke pangkuan KEADILAN.

Jelas bahawa keputusan Kongres PRM menyetujui Percantuman kedua-dua Parti. Keputusan ini sepatutnya dipatuhi oleh semua anggota. Pimpinan peralihan KEADILAN bersetuju melantik saya sebagai Timbalan Presiden. Dua Kongres pemilihan KEADILAN (yang diadakan tiga tahun sekali) memperkukuhkan kedudukan saya.

Saya syorkan supaya mereka yang mempersoal kedudukan saya sebagai anggota dan Timbalan Presiden KEADILAN menulis secara rasmi kepada Parti. Lebih baik lagi, jika mempunyai apa-apa sokongan, mereka boleh mengemukakan resolusi dalam Kongres Keadilan akan dating agar menggantung keanggotaan saya, seperti salah seorang dari mereka mahu.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, KEADILAN

Wednesday, February 3, 2010

PKR tak terjejas jika segelintir keluar parti

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti, kata Pengerusi badan perhubungan parti negeri Mansor Othman.

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.

"Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini, ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.

Mengenai gesaan anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata saranan itu bukan pendirian parti.

"Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun-tahun kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan pada kalangan anggota Exco.

"Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan bekas anggota DAP Tham Weng Fatt bahawa ada perselisihan antara kalangan anggota Exco dari DAP dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk.

- Bernama

Monday, February 1, 2010

Zahrain menyanyi irama Barisan Nasional

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dikatakan ‘menyanyi dengan irama Barisan Nasional (BN)’ meskipun beliau adalah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai wakil PKR, Zahrain tidak seharusnya mengecam Ketua Umum partinya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tohmahan kononnya Anwar tergamak mengenepikan perjuangan PKR semata-mata untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, jika kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh Zahrain, beliau sangat tidak setuju dan marah kepada bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.

“Kata-kata beliau (Zahrain) keterlaluan. Ini secara tidak langsung menunjukkan beliau menyanyi lagu irama Barisan Nasional,” katanya.

“Sebagai pemimpin lama dan pernah memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang keras seperti itu. Ini menunjukkan Zahrain sudah mula buka langkah yang mirip untuk membantah perjuangan Pakatan Rakyat (PR),” katanya pada sidang media di Dewan Delima, Komtar, semalam.

Abdul Malik yang juga Exco Kerajaan Negeri, turut membidas kecaman Zahrain terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan berkata: “Saya perlu membetulkan keadaan dengan memberikan gambaran yang betul, iaitu kita mesti kata putih itu putih’ dan ‘hitam itu hitam’ sehubungan dengan kenyataan Zahrain.”

“Dalam pekerjaan harian, sebahagian besar hanya melibatkan kami (pengerusi jawatankuasa) dalam pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama Ketua Menteri, bukannya orang luar seperti Zahrain ataupun rakan-rakan lain.

“Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘diktator’, ‘cauvinis’ dan ‘berfikiran komunis’ seprti yang tuduhan Zahrain terhadap Ketua Menteri. Pada pendapat saya, tuduhan seperti itu sangat berat (serius),” katanya.

“Zahrain tidak sepatutnya mengeluarkan pendirian sedemikian kerana, pada pendapat saya, Ketua Menteri tidak langsung mempunyai ciri-ciri tersebut sepanjang saya bertugas bersama beliau,”katanya.

Abdul Malik bagaimanapun tidak menafikan Guan Eng seorang ketua yang tegas dalam pentabiran dan menitikberatkan semua fakta yang dicadangkan secara terperinci dalam pentadbirannnya.

“Kepimpinan yang seperti ini perlu dinilai secara positif, bukan menuduh sebarangan,” katanya.

70 peratus tender terbuka dikuasai Bumiputera - Ketua Menteri


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.


“Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.


“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.


Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet.


Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.


Rabu lalu bekas Pengerusi PKR negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.


Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.


Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.


Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang.


Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus kerajaan BN kepada kroni-kroninya.


Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.


Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.


“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.


“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.


“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.


Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.


Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.


Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.


“Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi,” katanya.

Friday, January 29, 2010

ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 29 Januari 2010

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT