...

Pages

Thursday, October 28, 2010

Penghargaan warga emas tetap diteruskan - Kerajaan PP


Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan sumbangan kepada 123 waris warga emas yang meninggal dunia dalam satu majlis yang telah diadakan di Yayasan Aman, Penanti baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM123,000 telah disumbangkan kepada waris warga emas yang berdaftar dengan kerajaan negeri sebagai penerima sumbangan yang telah diperuntukkan.

"Walaupun sebelum ini timbul dakwaan dari Umno dengan pelbagai andaian, kita yakin rakyat terutamanya warga emas tidak akan terpedaya dengan motif politik mereka. Sehingga sekarang kita tidak menerima sesen pun wang yang mereka dakwa dipulangkan oleh warga emas sepertimana yang diuar-uarkan.

"Kita juga sangsi dan ragu kenapa begitu lama mereka mengambil masa untuk memulangkan wang yang mereka dakwa dikutip dari senarai warga emas yang telah pun mereka lakukan sebelum ini dalam beberapa siri program bikinan mereka sendiri," ujarnya lagi.

Lim juga berkata, jumlah warga emas yang mendaftar dengan kerajaan negeri bagi menerima sumbangan dalam program penghargaan warga emas adalah melebihi 120,000 orang.

"Oleh kerana Umno melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan Umno dan BN yang cuba memainkan sentimen kaum dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal.

Thursday, October 21, 2010

Umno Lesapkan Wang, Saham Melayu

KUALA LUMPUR 21 OKT : Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, saranan Presiden Umno yang menuntut semua pihak untuk tidak mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan dalam tindakan oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN).

"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa?.Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?

"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin," soalnya.

Beliau mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.

Dalam teks ucapan Najib tersebut, dipetik menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mempertikaikan parti tunjang Barisan Nasional itu, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif diambil untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.

"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini. RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?

"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil," soalnya.

Oleh kerana itu, Guan Eng mempersoalkan tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.

"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan," dakwanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Monday, October 18, 2010

Projek mega Najib petanda empayar BN bakal runtuh

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Sambil mengkritik pentadbiran Najib juga sudah mula boros dengan projek-projek mega atas alasan mahu merancakkan ekonomi negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia petanda awal empayar Barisan Nasional (BN) kini di ambang keruntuhan.

“Keghairahan kerajaan untuk menunjukkan elemen mega (dengan membina monumen) adalah petanda kejatuhan empayar mereka. Kami akan berdoa agar ia akan terjadi,” kata ketua pembangkang (gambar) ini di Dewan Rakyat ketika membahaskan ucapan Bajet 2011 hari ini.

“Tindakan terburu-buru untuk melaksanakan projek-projek mega, yang kononnya bagi menggambarkan kemegahan negara, kini diulangi oleh kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) semasa,” kata beliau.

“Di sini, saya hendak bertanya mengenai kebijaksanaan Permodalan Nasional Berhad menerima arahan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam projek raksasa ini,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Dalam Bajet 2011 yang diumumkan Jumaat lalu, Najib antara lain mengumumkan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang yang akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Projek itu dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Sebuah lagi projek utama yang akan dilaksanakan adalah pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan pembangunan bercampur melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana. Keseluruhan pembangunan ini, dianggarkan bernilai RM10 bilion dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Turut diumumkan ialah pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

Najib berkata, “di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.”

“Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Berhad akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka.

“Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana, menaranya dijangka akan siap pada tahun 2015,” kata Najib.

Anwar pula berhujah, pembinaan Menara Berkembar Petronas pada 1990-an dengan sendiri telah menelan kos RM6 bilion.

Kata Penasihat PKR ini ia tidak termasuk kos tanah sebanyak RM900 juta, taman KLCC RM200 juta dan Dewan Filharmonik Petronas yang menelan RM500 juta.

“Kos keseluruhan lebih RM10 bilion dan ini tidak termasuk kos penyelenggaraan RM250 juta setiap tahun.

“Adakah ini (yang dimaksudkan) kemegahan negara? (Juster) adakah kita memerlukan satu lagi menara 100 tingkat di Malaysia?” soal beliau.

Anwar memberitahu, sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan untuk projek menara Warisan Merdeka boleh digunakan untuk membina 1,667 sekolah pada kos RM3 juta setiap satu.

“Tetapi tidak, yang itu tidak penting. Tetapi, apa yang penting ialah menunjukkan elemen mega,” kata beliau.

Anwar berkata, projek-projek di bawah Bajet 2011 tidak memberikan pertimbangan kepada kedudukan ekonomi semasa negara dan keperluan untuk mengurangkan defisit bajet selain memperbaiki daya saing.

“Ia satu projek untuk menunjukkan bagaimana hebatnya kita menerusi projek-projek besar,” kata beliau lagi.

Anwar menekankan bahawa di kalangan negara Asean hanya Malaysia merekodkan “aliran masuk negatif”.

Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, menurut Anwar, telah merosot 81 peratus daripada RM23.47 bilion pada 2008 kepada RM4.43 bilion tahun lalu berbanding Thailand yang mencatatkan FDI RM19.01 bilion manakala Indonesia pula RM19.08 bilion.

“Ini adalah FDI paling rendah dalam 20 tahun kecuali pada 2001 di mana kita merekodkan FDI RM1.54 bilion,” katanya.

Malah, Anwar juga menekankan bahawa pengajaran-pengajaran daripada masa lalu khususnya ketika era Dr Mahathir telah menunjukkan bahawa dasar projek mega negara sebenarnya tidak berjaya.

Beliau juga mempertikaikan cadangan kerajaan untuk melaksanakan projek MRT RM40 bilion di ibu negara dengan menekankan sama ada ia akan mengalami nasib projek LRT Star-Putra yang mengalami kerugian hampir RM6 bilion.

“Pada 1999, kerajaan telah dipaksa menyuntik RM600 juta kepada Star menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kerajaan juga membenarkan Star dan Putra untuk meneruskan operasi meskipun berhadapan masalah salah pengurusan.

“Pada 2001, kerajaan mengesahkan ia akan mengambil alih Putra dan Star dengan menerbitkan bon bernilai RM8 bilion.

“Sejak Mac lalu, kedua-dua syarikat mengalami kerugian RM5.5 bilion,” kata Anwar.

Sebalik perkembangan itu, Anwar berkata, kerajaan memberikan lampu hijau untuk melaksanakan projek MRT kepada Gamuda-MMC untuk menguruskannya tanpa melalui proses tender terbuka.

“Kebimbangan kami ialah sama ada projek MRT akan berakhir dengan lebih banyak ketirisan dan amalan korup seperti sebelum ini dan hanya akan memberikan manfaat kepada kroni-kroni dan kerugian besar kepada rakyat,” kata beliau.

Friday, October 15, 2010

Para huffaz harta tidak ternilai

Kerajaan PP bawah Lim Guan Eng iktiraf tahfiz al-Quran..

Program: Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz & Ijtimak Al-Huffaz Pulau Pinang 2010
Tarikh: 11 oktober 2010 (Isnin)
Lokasi: Dewan Sri Pinang
































Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.

Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.

"Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.

Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.

Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'.

"Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya.

Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.

Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas.

"UMNO Datuk Azhar, minta maaf atau kena saman fitnah" (rakaman video disertakan )



Adun Dato' Keramat, YB Jagdeep Singh memberitahu para pemberita bahawa ketua pembangkang dari UMNO Barisan Nasional Datuk Azhar diberi 7 hari untuk meminta maaf daripada kerajaan Pakatan Rakyat dan juga ke semua warga emas.

Jikalau tidak, Datuk Azhar akan dikenakan saman fitnah.

YB Jagdeep juga menegaskan tindakan saman fitnah akan juga dikenakan ke atas media yang menyiarkan berita palsu itu.

Seramai 20 orang warga emas dari kawasan Parlimen Jelutong hadir bersama untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk teruskan Program Warga Emas dan Program Penghargaan Waris Warga Emas.

Perhimpunan beramai itu diadakan di tanah lapang di Jalan Perak, Pulau Pinang pada pukul 6 petang, Rabu 13hb Oktober 2010.

Hj Rashid selaku Timbalan Ketua Cabang Bayan Baru Keadilan turut hadir, pimpinan PAS dan DAP juga turut hadir bersama.


Sunday, October 10, 2010

Projek orang UMNO di pulau pinang

Apabila pakatan rakyat memeritah di Pulau Pinang,orang-orang UMNO tidak lagi dapat projek,maka mereka mencari ikhtiar untuk mendapatkan projek


Ini adalah salah satu projek Orang umno hendak mendapatkan wang,dengan menipu melayu P.Pinang.
Melayu sentiasa di tipu oleh orang-orang umno

KUALA TERENGGANU, 10 Okt: Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man.

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.

Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanyanya.


Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

Friday, October 1, 2010

Warga emas pulang wang 'haram' hanya sandiwara

Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Isu hangat


Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Pemberian wang ehsan kepada warga emas itu menjadi hangat apabila akhbar arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Lim berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Tidak haram

Mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dua hari lalu berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT