...

Pages

Monday, March 4, 2013

Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung

Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim di Bilik Gerakan PPS Permatang Damar Laut. turut hadir bersama-sama adalah pemimpin JKKK kawasan. Seramai 52 Penerima bantuan yang datang dari seluruh DUN Batu Maung melibatkan pelbagai lapisan generasi dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas yang mempunyai masalah rabun mata telah menerima bantuan tersebut. Program telah diadakan pada 2 mac 2013 jam 5.00 petang. YB Dato' bergegas datang ke program selepas bersama-sama YAB Ketua Menteri selepas pengumuman pemberian wang saguhati di PDC kepada anggota keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
















Sunday, March 3, 2013

Himpunan Jentera Pilihanraya DUN Batu Maung N37

1 Mac 2013 Himpunan Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Batu Maung N37 di Bilik Gerakan Utaman DUN Batu Maung sebagai persediaan untuk menghadapi Piliharaya Umum 2013. Setiap warga Parlimen Bayan Baru dan Batu Maung yang layak mengundi dalam Pilihanraya Umum yang bakal tiba wajib mempertahankan Kerajaan Rakyat yang ditubuhkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Selepas pemerintahan baru, Kerajaan Negeri berjaya dengan cemerlang apabila diiktiraf sebagai negeri yang berjaya menghapus rasuah dan berjaya mendapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia. Selain itu, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YAB Lim Guan Eng telah berjaya membayarkan hutang kerajaan negeri dari RM 630 juta hinggalah hutang tersebut berbaki lebih kurang RM 30 juta. Himpunan Petugas Pilihanraya DUN Batu Maung juga dihadiri oleh YB Dato' Mansor Othman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang PKR Y. Bhg. Dato Mustapha Kamal.

 YB Dato' Abdul Malik memberikan ucapan sempena malam himpunan tersebut

 Antara petugas yang hadir bersama-sama telah bersedia menghadapi Pilhanraya Umum 2013


 Dato Mustapha atau pak Mus turut hadir bersama


 YB Sim Tze Tzin turut hadir dalam bersama-sama merampas kembali Parlimen Bayan Baru













 YB Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg. Petani hadir dalam program himpunan sebagai ahli majlis pimpinan Pusat  Parti Keadilan Rakyat memberikan ucapan dalam strategik kemenangan rakyat







Sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat Negeri Pulau Pinang

Batu Maung - Kerajaan Negeri telah menyampaikan sumbangan  sebanyak RM 1.75 Juta kepada Sekolah Agama rakyat (SAR) di seluruh negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut di adakan di Sekolah Agama Rakyat Permatang Damar Laut. Majlis yang disampaikan YB Dato' Mansor Bin Othman Tim. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama YB Dato' Abdul Malik Kassim Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.



 YB Dato' Abdul Malik Kassim memberikan ucapan sempena majlis sumbangan kepada SAR di seluruh negeri Pulau Pinang




 YB Dato' sempat beramah mesra dengan penduduk di Permatang Damar Laut.
 YB Dato menziarah warga emas yang sakit di kawasan tersebut bersama pimpinan tempatan


 YB Dato menyampaikan sumbangan kepada keluarga pesakit.

Friday, March 1, 2013

Ceramah Demi Rakyat N37 Batu Maung


Mohon disebarkan kepada orang ramai untuk bersama-sama hadir ke ceramah. Para petugas jentera DUN Batu Maung N37 dan orang ramai juga diharap dapat memakai baju kuning, hijau dan merah tanda solidariti kepada rakyat,,,,


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT