...

Pages

Tuesday, August 20, 2013

 
 
KENYATAAN MEDIA
YB Dato’ Haji Abdul Malik Kassim,
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
20 OGOS 2013

KARNIVAL PENGGUNA BERSAMA USTAZ MUDA SEMPOI
24 – 25 OGOS 2013, DI PADANG KOTA LAMA

24 OGOS 2013 (SABTU)
10.00 pagi : Peniaga dan pemamer memasuki booth...
10.00 pagi – 11.00 malam : Cerapan Langit Oleh Pusat Falak.
2.00 ptg – 11.00 malam : Pameran dan Aktiviti Jualan
7.30 malam : Solat Maghrib Berjemaah- Imam Muda Asraf
: Solat Hajat – Dr. Badrul Amin Bahrom
8.00 malam : Kuliah “Orang Muda Untuk Orang Muda”
oleh Ustaz Hanif Haron.
8.30 malam : Solat Isyak Berjemaah
: ‘Battle Orang Muda’ bersama Ustaz Syed
Norhisyam dan Gitaris Syam Kamikaze.
: Persembahan Imam Muda Asraf – Nyanyian
lagu-lagu dari album terbaru beliau.
: Persembahan Zikir Terapi oleh Ustaz Hafiz
Hamidun.
: Nyanyian oleh Mawi “Al-Jannah dan Kian.”
: Nyanyian lagu Sentuhan Qalbu oleh Ustaz
Akhil Hayy.
11.20 malam : Semua Ustaz dan Artis berselawat bersama.
11.40 malam : Majlis Penutup dengan nyanyian nasyid
beramai-ramai lagu ‘Hamba-Mu”
25 OGOS 2013 (AHAD)
10.00 pagi – 3.00 petang : Pameran / Aktiviti Jualan
9.00 pagi – 11 pagi : Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Sempena Hari Merdeka
: Persembahan Hiasan Makanan Oleh Hotel di Pulau Pinang

Monday, May 27, 2013

KEMPEN 1 JUTA LAPORAN POLIS DAKWAT TIDAK KEKAL

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali. Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH. Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut: 1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut: “Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.” 2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN) 3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN

Tuesday, May 21, 2013

KERAJAAN PULAU PINANG KESAL USAHA BOIKOT BARANGAN KELUARAN CINA BERSTATUS HALAL - ABD MALIK

KENYATAAN MEDIA 20 MEI 2013

DATO' ABDUL MALIK KASSIM

EXCO PERDAGANGAN DALAM NEGERI, HAL EHWAL PENGGUNA, HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG



KERAJAAN PULAU PINANG KESAL USAHA BOIKOT BARANGAN KELUARAN CINA BERSTATUS HALAL


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang amat kesal dan membantah tindakan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO Melayu) diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyeru umat Islam memboikot barangan keluaran syarikat milik Cina yang berstatus halal.



Jelas, tindakan itu menunjukkan mereka separuh matang dan kebudak-budakkan, hanya sebagai membalas tindakan majoriti masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat dalam pililihan raya lalu.



Lagipun, soal sokongan mana-mana pihak dalam pilihanraya bukan menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Bahkan ia juga bukan suatu kesalahan jenayah sehingga mereka perlu bertindak ke tahap itu.



Sebagai sebuah persatuan pengguna, sewajarnya mereka bergerak memperjuangkan hal-hal kepenggunaan sahaja. Sebelum ini PPIM diketahui umum begitu aktif dalam hal-hal kepenggunaan yang melibatkan halal haram atau tidak sihat sesuatu barangan itu kepada pengguna. Namun, apabila PPIM menyeru orang Melayu memboikot barangan keluaran syarikat Cina atas faktor politik, menunjukkan PPIM telah terkeluar daripada landasan perjuangan yang sebenarnya. Tindakan itu, tidak ubah seperti perjuangan pelampau Melayu - Perkasa.



Ketika kesedaran pengguna dan pengusaha semakin meningkat berkaitan status halal, PPIM bertindak sebaliknya dengan memberikan imej buruk tentang Islam. PPIM seharusnya membantu kerajaan pusat atau negeri dalam memperjuangkan hal-hal kepenggunaan khususnya berkaitan status halal.



Selaku Pengerusi Halal Penang (PIHH) dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, sejak tahun 2008 kerajaan negeri telah berjaya meningkatkan syarikat dan barangan berstatus halal di Pulau Pinang sebanyak 605 peratus. Ini bagi memenuhi sebahagian tuntutan persatuan pengguna Islam, demi kepentingan semua pihak, khususnya kepada pengguna Islam.



Sebagai sebuah negara majmuk seperti Malaysia, di mana masyarakat Cina lebih menguasai pengeluaran produk pengguna, sebagai pengguna, tidak mungkin kita dapat mengelak daripada menggunakan barangan bukan Islam.



Selaku Pengerusi Hal Ehwal Pengguna saya menyeru PPIM menfokuskan isu halal haram dan barangan pengguna yang diragui masih banyak perlu diperjuangkan. PPIM sewajarnya memperjuangkan isu ini, lebih daripada memperjuangkan politik adu domba yang akan memecahbelahkan keharmonian kaum negara ini.

Monday, April 8, 2013

EXCO SERAH KERETA HAK MILIK KN PP




Serah Kunci, Pegang Intergriti

GEORGE TOWN - Pemegang amanah sebagai Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, hari ini, mengumumkan penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus di sini.

Menurutnya, penyerahan kunci kenderaan rasmi Kerajaan Negeri turut melibatkan pemegang amanah Timbalan Ketua Menteri I dan Timbalan Ketua Menteri II serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang lain.

"Kenderaan rasmi tidak harus disalahguna untuk kegunaan persendirian atau parti sebaliknya ia harus digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan Negeri sahaja.

"Inilah intergriti yang dipegang oleh Kerajaan Negeri sungguhpun kini hanya sebagai pemegang amanah," ulas Guan Eng pada sidang akhbar di Komtar, sebentar tadi.

Tambahnya, intergriti harus dipraktikkan secara fizikal dan bukan hanya tahu melafazkannya.

"Bercakap adalah perkara lain dan melakukannya pula adalah suatu perkara yang lain pula.

"Hari ini kita (pemegang amanah Kerajaan Negeri) akan menyerahkan kunci kenderaan masing-masing kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," tambahnya.

Guan Eng turut menegaskan bahawa penggunaan kenderaan rasmi adalah hanya untuk majlis rasmi Kerajaan Negeri dan bukan digunakan untuk tujuan berkempen.

"Sungguhpun menjelang Pilihanraya Umum (PRU13), kenderaan rasmi ini tidak akan digunakan untuk ceramah dan kempen.

"Begitu juga pemandu, mereka hanya akan bertugas mengikut waktu pejabat dan apabila menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan," tambahnya.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengulas manisfesto yang dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sungguhpun manisfesto BN menyentuh soal kekangan rasuah, namun BN tidak pula menyatakan tatacara (measurements) membanterasnya.

"Salah satunya ialah melalui pengumuman awam pengisytiharan aset dan pelaksanaan tender terbuka," katanya.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkannya sejak 2008 dan ianya terbukti berkesan apabila kempen anti-rasuah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dipuji oleh Transparency International.

"Seterusnya menghalang pemimpin dan ahli keluarga pimpinan kerajaan berurus niaga dengan kerajaan demi kepentingan peribadi.

"Melalui pendekatan ini, rasuah dapat dihindari," ulasnya lagi.



PEKAT GELAP MALAM SEMAKIN BERAKHIR...AYUH INIKALILAH.. TUKAR

Pada 8 Mac 2008, negara telah matang. Rakyat Malaysia bersama-sama telah memutuskan bahawa mereka tidak lagi akan dipandang ringan dan mahukan perubahan. Perubahan tidak datang dengan mudah apabila ramai pengundi ditakutkan oleh pembohongan yang diputar belit oleh Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum 2008

Akhirnya penipuan-penipuan hanya boleh bertahan begitu lama dan orang ramai mengambil balik hak-hak mereka apabila mereka dengan berani mengundi Pakatan Rakyat ke dalam kuasa. Lima tahun kemudian, Pulau Pinang telah bertukar menjadi lebih baik dan kunci bagi perubahan itu sentiasa adalah anda semua, rakyat Malaysia.

Kami berusaha untuk menjadi sebuah kerajaan rakyat boleh tuntut dengan bangganya sebagai kepunyaan sendiri. Kami tahu bahawa tanpa rakyat, perjuangan kita akan menjadi sia-sia. Disebabkan itu sekarang, di pusingan terakhir bagi Pilihanraya Umum ke-13, kami sekali lagi mengharapkan sokongan anda semua.

Ini ialah satu perjuangan yang bukan sahaja masa depan Pulau Pinang tetapi juga demi masa depan Malaysia. Pulau Pinang akan menetapkan piawaian untuk seluruh Malaysia.

Malah, selepas mejadi kerajaan di Pulau Pinang, kerajaan persekutuan bukan sahaja gagal untuk menunjukkan kerendahan hati tetapi sebaliknya telah menjadi lebih sombong . Pulau Pinang telah diabaikan walaupun membayar salah satu daripada cukai pendapatan tertinggi di negara ini. Inilah mengapa gambaran yang lebih besar ialah pertempuran kita untuk Malaysia melalui Pulau Pinang dan sekaligus untuk semua.

Kita akan buktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri. Kita telah pun membuat perubahan di Pulau Pinang, sekarang marilah kita bersama-sama membawa perubahan tersebut ke seluruh Malaysia demi masa depan kita dan anak-anak kita.

Percaya dan yakinlah, Kemajuan dan ekonomi akan tercapai sekiranya rakyat menguburkan UMNO dan BARISAN NASIONAL  dari pentadbiran negara. Rakyat dapat merasai perbezaan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Selamat.
Ayuh tekadkan azam menuju Putrajaya
Asalkan Bukan Umno - Anything But Umno

Sunday, April 7, 2013

PAKATAN RAKYAT KUAT RAKYAT SENANG. TOLAK BN ANDA SELAMAT

Najib Razak Pengerusi BN semalam mengumumkan manifesto BN bagi menghadapi pilihanraya Umum ke-13. Namun apa yang menghairankan manifesto BN yang diumumkan seperti "copy paste" dari manifesto Pakatan Rakyat yang telah di umumkan lebih awal dari Be End.

Buku Jingga yang telah dilancarkan semasa konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 10 Disember 2010 yang lalu meliputi segenap sudut terus kepada keadaan rakyat yang berhempas pulas untuk terus hidup semasa di bawah pemerintahan BN yang mencekik rakyat dan menjadi igauan kepada rakyat.

Awang Adek timbalan menteri ketika itu mendakwan negara akan bankrap sekiranya Buku Jingga dilaksanakan. Pemimpin Umno tidak sedar, kerakusan mereka merompak harta rakyat lama-lama akan memusnahkan negara.

Kesimpulannya mudah! keasyikan menteri berpolitik untuk mengekalkan kuasa dan keangkuhan kuasa mereka. Akhirnya mereka terpaksa akur kehendak rakyat setelah tewas teruk dalam PRU-12 yang lalu kehilangan 5 negeri.

Kali ini manifesto yang di umumkan oleh Najib Razak mempunyai irama seakan-akan manifesto Harapan setiap rakyat di Malaysia iaitu Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Lim Kit Siang Presiden DAP

Mereka perlu berasa malu dan rakyat perlu membuka mata dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 kali ini. Segala dakyah menakutkan rakyat adalah fitnah jahat demi untuk mengekalkan kuasa mereka supaya dapat terus mencuri khazanah negara.

Kita wajib menjatuhkan kerajaan yang zalim ini. Anak muda khususnya perlu berdepan dengan berani seperti mana kita berdepan dengan cabaran yang paling getir iaitu mencari hala tuju demi masa depan yang lebih baik.


Friday, April 5, 2013

SIARAN LANGSUNG LIVE CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT DUN BATU MAUNG N37



Sila klil pada link di bawah untuk mengikuti siaran langsung Program Ceramah Pakatan Harapan Rakyat.




INIKALILAH!!!! TUKAR!!! MOHON KONGSIKAN UNTUK TATAPAN UMUM

Mohon share untuk tatapan umum. Realiti yang dinafikan oleh keluarga menteri yang terlibat. Inikalilah!!!!!! Tukar!!!!!!!!!!!!

CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT DUN MAUNG N37 [MALAYSIAKINI]

Ceramah Umum sempena Pilihanraya Umum ke-13 DUN Batu Maung N37, Turut hadir Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim & Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein

Thursday, March 21, 2013

MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

Kenyataan Media
19 Mac 2013

MAHKAMAH RAKYAT PUTUSKAN MAHATHIR PENGKHIANAT SEBENAR

SolidaritiAnakMuda Malaysia merakamkan terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ‘Mahkamah Rakyat :Isu sebenar Lahad Datu, siapa pengkhianat sebenar?’ Program anjuran SAMM bersamaAngkatanPerubahan Sabah (APS) malamtaditelahdihadiriolehlebih 5,000 orang.

Program dikendalikan secara 3 segmentasi - Segmentasi suara anak muda telah menampilkan Boby (Penyelaras SAMM Sabah), Freed (wakili suara anak muda Sabah) dan Sani Hamzah (Pengarah Pilihanraya DPPP selaku mewakili suara anak muda Semenanjung).

Kemudian segmentasi kedua menampilkan Sdr. Hasnar danPn. SitiAminah yang kedua – duanya bekas tahanan ISA dan terlibat sendiri dalam projek kad pengenalan dibawah Dr.Mahathir yang mengagadaikan kedaulatan dengan memberikan warganegara secara mudah hanya untuk meraihkan kemenangan parti komponen Bn.

Malah Hasnar secara jelas menyebut beliau bukan sahaja terlibat dalam projek Kad Pengenalan ketika menjadi Pegawai Daerah Sandakan tetapi apabilaparti Berjaya (komponen Bn) tewas kepada PBS, beliau telah terlibat sebagai antara yang menimbulkan huru hara di Sabah. Rusuhan yang dikenali sebagai ‘silent riot’ itu sememangnya dicipta Bn dengan perlindungan anggota keselamatan, agensi kerajaan malah beliau diminta membuat kecoh sehingga menyebabkan kematian.

Pendedahan dua saksi ini benar – benar menyentak hadirin semalam. Beberapa nama pimpinan besar selain Dr. Mahathir telah disebut dengan jelas sebagai pemimpin yang terlibat dalam yang digelar projek IC Dr.M.

Segmentasi ketiga dimulakan dengan pidato Janeral (B) Dato Ghafir yang menimbulkan persoalan penting mengenai kelemahan pemimpin politik dan mengganggu operasi di Lahad Datu.

Duawakil APS Sabah iaituDatuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Kalakau Untul menegaskan betapa rakyat Sabah sengsara kerana projek IC dan sebahagian besar punca malasah di Sabah adalah angkara Dr. Mahathir. Penduduk asal Sabah mahu terus kekal bersama Malaysia dan itu bukan pertikaianya. Majoriti warga Sabah sudah tidak sabar menanti PRU untuk melakukan perubahan bersama PR dan mereka menyebut dengan jelas Sabah akan bersama menabalkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Tn Hj. MohamadSabu tidak dapat hadir saat akhir kerana mewakili Presiden untuk program ke Johor, DatukYahya Lampung hadir tetapi tidak berucap kerana tidak sihat, YB Tian Chua hadir tetapi terpaksa beredar awal kerana program di tempat lain bersama YAB MB Selangor. Keluarga Tun Datu Mustafa juga hadir dan Cik Roni cucunda beliau telah sudi sama naik ke atas pentas meraikan majlis. kemunculan Sasterawan rakyat Pak samad yang memberikan ucapan ringkas dan membacakan sajak cukup mengujakan hadirin.

Antara rumusan Mahkamah Rakyat semalam :

  • Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
  •  Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan Bn terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti
  • Projek IC menyebabkan banyak masalah , ramai punya dua kerakyatan (contoh Filipina dan Malaysia), kerakyatan diberikan hanya untuk mengundi Bn bukan kerana kesetiaan pada negara, Janeral kumpulan militan yang menyerang bukan sahaja punya IC tetapi pernah menjadi pegawai kerajaan Bn Sabah dan ramai antara mereka juga punya IC
  • Pemimpin Bn lemah dalam pertahan kedaulatan hingga menyebabkan operasi meleret dan mengorbankan prajurit negara. Hishamuddin pada mulanya umum yang penceroboh bukan militant/pengganas dan perlu berunding ? Kenapaberunding ? Apa isi perundingan ?Apa yang diselindungkan ? Hishamuddin harus bercakap benar dan meminta maaf pada rakyat Malaysia.
  • Mahkamah Rakyat memutuskan Malaysia dalam bahaya keranapunya pemimpin lemah dan hanya tahu mempolitikan semua perkara. Semua sebulat suara memutuskan Dr. Mahathir pengkhianat negara dan harus dihadapkan kemuka pengadilan, satu sidang parlimen khas harus dipanggil serta kertas putih Lahad Datu harus dikeluarkan segera sebelum PRU.
Sekian

chegubard

DOWNLOAD MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Sila klik di sini untuk download http://www.pakatanrakyat.my/files/ENG-Manifesto-BOOK.pdf

FAKTA DAN KEINDAHAN ISLAM DI PULAU PINANG

























Wednesday, March 20, 2013

Lawatan YB Abd Malik Kassim dan YB Sim Tze Tzin 17 MAC


YB Abd Malik ADUN Batu Maung dan YB Sim ADUN Pantai Jerjak bersama-sama membuat lawatan di sekitar kawasan Permatang Damar Laut membuat lawatan susulan di beberapa buah rumah. Penduduk kelihatan gembira dan menyayangi kedua-dua pemimpin tersebut lebih-lebih lagi YB Abd Malik kerana beliau adalah ADUN di kawasan tersebut.

Kali ini YB Sim bersama-sama turun ke Permatang Damar Laut untuk mendapatkan sokongan jika beliau di calon dalam pilihanraya Umum ke 13 di Parlimen Bayan Baru. Penduduk di kawasan tersebut berharap kedua-dua mereka dapat duduk di kerusi tersebut mengemudi kerajaan negeri pada masa kini dan mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan pusat.





YB Abd Malik Kassim dan YB Sim Tze Tzin meninjau keadaan rumah yang rosak dan diperbaiki.

YB Malik sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk memperbaiki rumah mereka


lawatan sedang bertanya khabar seorang warga emas mengenai program penghargaan Kerajaan Negeri



Saturday, March 16, 2013

Warga Batu Maung Bangga Mempunyai Haji Malik Sebagai Wakil Rakyat

Haji Malik Kassim dan Sim Tze Tzin meninjau keadaan bumbung lama yang runtuh kerana reput di makan oleh anai-anai bersama Pengerusi Masjid Jamek Batu Maung

Haji Malik bertanyakan khabar kepada penduduk dan mereka bertanya tentang program-program kerajaan negeri Pulau Pinang. Turut bersama YB sim Tze Tzin bakal calon Parlimen Bayan Baru



Haji Malik bertanyakan mengenai keadaan kehidupan seharian keluarga dan pendidikan anak-anak

Haji Malik sedang menyapa seorang mak cik.


Antara pemimpin tempatan yang bersama-sama





Salah seorang keluarga berterima kasih selepas anak beliau yang baru lahir mendapat RM 200 dalam program Anak Emas Kerajaan Negeri Pulau Pinang






KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT