...

Pages

Sunday, November 29, 2009

P.Pinang Akan Timbang Ikut Langkah Selangor Haramkan Kursus BTN


BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan secara serius untuk mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangannya.

Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata kerajaan negeri memandang serius cadangan anggota Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yussof bagi kerajaan negeri mengikuti langkah Selangor.

Usul cadangan itu dijangka dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri esok untuk kelulusan, kata Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan negeri mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, sebuah sekretariat yang diketuai oleh Yusmadi akan ditubuhkan untuk mengumpulkan pandangan rakyat mengenai BTN, yang didakwa mengindoktrinasikan ideologi Barisan Nasional (BN).

Katanya, orang ramai yang mempunyai pengalaman dan pandangan mengenai BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat itu.

"Kita akan buat referendum mengenai perkara ini," katanya.

Terdahulu, Shamsul mengumumkan pelantikan barisan baru kepimpinan AMK Pulau Pinang.

Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dilantik sebagai ketua AMK negeri yang baru menggantikan Yusmadi manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai timbalannya.

Ahmad Azrizal Tahir, Ong Chin Wen dan M.Muneswaran pula masingmasing dilantik sebagai Naib Ketua 1, 2 dan 3 manakala Syed Mikael Rizal Aidid sebagai setiausaha dan Philip Thor sebagai bendahari. BERNAMA

Jemputan ke Forum -Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Parti di Malaysia



Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Parti di Malaysia

Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia

  • Penceramah: YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
  • Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
  • Masa: 8.30mlm
  • Tempat: Kompleks Penyayang

Jalan Utama, Pulau Pinang


  • Percuma! Semua Dijemput.
  • Bahasa Malaysia dan English


  • dianjur oleh:
Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang

Minta Sebarkan Segera di blog-blog dan melalui email. Terima kasih

Thursday, November 26, 2009

Perutusan Eid Al Adha-malaysiakini

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut eid al adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.
Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin.

Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Marilah kita berdoa moga umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji kekal dalam keselamatan dan tidak ditimpa sebarang kemalangan.

ANWAR IBRAHIM

Jemputan ke Jamuan Hari Raya Qurban KADUN Batu Maung



Jemputan untuk menghadiri Kenduri Qruban semperna kedatangan Aidil Adaha 1430H

Pada 28 Nov 2009 ( Hari Raya ke Dua )
Jam 12.00 tgh hari
Bertempat di Surau An-Nur Bukit Gedung P.Pinang..

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS


PROJEK SAYANG RETORIK UMNO/BN-malaysiakini

Penubuhan Projek Sayang oleh Wanita UMNO tidak lebih dari usaha penjenamaan semula Wanita UMNO untuk meraih simpati dan keyakinan dari orang Melayu yang sudah putus harapan terhadap keupayaan UMNO dan BN menjaga kebajikan rakyat dan mentadbir-urus negara.

Dengan penubuhan Projek Sayang; jelas bahawa ’khidmat masyarakat’ UMNO/ BN yang diuar-uarkan selama ini hanyalah retorik semata-mata tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan.

Persoalan yang penting di sini ialah - dari manakah datangnya dana yang akan digunakan untuk ’membiayai’ projek baru Wanita UMNO ini? Sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah van dihias logo projek ini dipamir dan dinaiki oleh ‘petugas’ projek ini pada hari pelancaran. Ketua Gerakan Wanita UMNO; Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengasaskan projek ini juga adalah merupakan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) sudah menyediakan perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial termasuklah ’Pengurusan Bantuan dan Bencana’.
Adakah ini bermaksud program JKM ini tidak berjaya atau kini Wanita UMNO akan menjadi ’peneraju’ program-program perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial di bawah JKM?

Di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Mentari BN yang terbaru, jelas sekali polisi pentadbiran negara semakin hilang fokus apabila program parti dicampur-adukkan dengan fungsi tadbir-urus negara. Dana negara digunakan untuk mempopularkan sesebuah organisasi dan tidak lagi fokus kepada fungsi sebenar untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Slogan ’1Malaysia’ semakin membuka pekung UMNO dan BN yang gagal menjaga kepentingan rakyat dan negara.


HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Ampang

Thursday, November 19, 2009

KEJOHANAN FUTSAL PADANG PIALA YB ADUN BT.MAUNG~malaysiakini

Tarikh:Ahad 6 Disember 09

Masa :8.00 pagi

Tempat : Padang Sg Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang

hadiah menarik menanti peserta...dengan cabutan bertuah untuk setiap pemain yang
menyertai.... sebarkan

Saturday, November 7, 2009

Konvensyen KEADILAN Negeri Pulau Pinang


8 November 2009
Dewan Tunku, KOMTAR
Jam 7.45 petang


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT