Program yang merupakan acara tahunan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon dan EXCO Agama Negeri Pulau Pinang, YB Dato' Abdul Malik Kassim. Turut sama di majlis itu Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Dr Wan Azizah dan Y.Bhg Tuan Haji Mohd Sabu selaku pengerusi Parti AMANAH.
Majlis ini merupakan platform bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mendekati dan menghargai guru-guru pendokong agama Islam di Pulau Pinang. Bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, sebanyak 1000 guru-guru Sekolah Agama Rakyat, guru-guru KAFA, guru-guru Maahad Tahfiz dan TADIS termasuk guru-guru Sekolah Pondok yang mana merupakan kategori terbaru di dalam skim ini telah menerima sumbangan yang berjumlah RM 1.75 juta.
Semoga majlis yang berlangsung pada jam 2 petang pada hari sabtu 5 September 2015 bersamaan 21 Zulkaedah 1436H ini dapat membantu dan menyuntik semangan kepada guru-guru penerima di dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya, sementara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat mencapai misinya dalam memartabatkan agama Islam di Negeri Pulau Pinang ini.