“An independent Royal Commission is a powerful instrument to provide checks and balances within a democratic system of government. The setting up of a Royal Commission is usually a last political resort by a government to probe into a highly controversial issue.
But it does allow the government to show that it has nothing to hide, and that it will absolve itself from any accusation that a government probe will only allow different government investigative agencies to practise mutual back-scratching.
A Royal Commission also has wide coercive powers, to summon witnesses and documents, seize documents and evidences, hold public hearings, research into cases, consult with experts from both within and outside the government, hold hearings in cameras, offering indemnities, summon classified information even, and coerce all public officials to aid in the execution of the Commission.
The Cabinet decision is puzzling. The mystery behind Teoh’s death and the MACC method of investigative procedures are intimately inter-related, and should be probed by the Royal Commission in one go.”
Tuesday, July 28, 2009
MEDIA STATEMENT : Sivarasa Rasiah, Vice President, KEADILAN - 28 July 2009
Thursday, July 23, 2009
N37 Batu Maung : Program terkini 25 Dan 26 Julai ini-malaysiakini
Wednesday, July 22, 2009
gotong royong taman muhibbah batu maung 18/7/09 8.30 pagi sabtu-malaysiakini
Monday, July 20, 2009
KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 17 JULAI 2009-malaysiakini
Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Kematian Mendiang Teoh Beng Hock
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor. Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan. Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.
Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan. Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan UMNO, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka. Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenalpasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan. Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.
Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KeADILan
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen DAP
Friday, July 17, 2009
Program pemimpin bersama rakyat di Dun Batu Maung-malaysiakini
Pusat Khidmat N37 Batu Maung akan menganjurkan program ramah mesra pemimpin bersama rakyat pada 19 Julai bertempat di Dewan JKKK Sg Tiram.
Program seumpama ini telah diadakan di beberapa kawasan dalam Dun Batu Maung.
Tujuan program ini adalah untuk mendekatkan Yb kawasan dengan penduduk setempat, dengan cara ini segala permasaalahan dan rungutan dari rakyat dapat disampaikan terus kepada Yb.
Program akan diteruskan di kesemua kawasan DUN Batu Maung sepanjan tempoh perkhidmatan beliau di DUN Batu Maung
Gambar Program YB Malik Kassim Di sekitar Dun N37 Batu Maung-malaysiakini
Monday, July 13, 2009
Gambar Program YB Abdul Malik Kassim di Pesiaran Mayang Bukit Gedung-malaysiakini
Yb Malik Kassim sedang berucap
Sdr Azrizal Tahir ( PA Kawasan N37 Batu Maung ) menberi penerangan tentang program
Penduduk yang hadir sedang mendengar ucapan YB Malik Kassim
Ketua penyelaras Unit Ehsan sdr Zulkarnain turut hadir membantu mengedar risalah tentang bahaya denggi
Setiausaha AMK B.Baru Sdr Ziezul Hakim turut membantu
Petugas dari JDM Bukit Gedung sedang menjalankan tugas.
Program gotong-royong yang dirancang terpaksa dibatalkan disebabkan hujan turun dengan lebatnya dan digantikan dengan program edar risalah mengenai baahaya denggi dan cara untuk mengatasinya...
Friday, July 3, 2009
Wednesday, July 1, 2009
Usul Membahaskan Laluan Alternatif Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2
Pada hari ini saya telah mengusulkan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Saya mencadangkan:
“Bahawa Dewan Rakyat membincangkan cadangan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memandangkan kos projek tersebut adalah terlalu tinggi berbanding cadangan laluan alternatif yang mampu menjimatkan RM4 billion dana awam.”
Pada Ogos 2006 Kerajaan Persekutuan mengumumkan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia Ke9 dan upacara perasmian pecah tanah telah disempurnakan pada 12 November 2006 [oleh Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia dibina oleh usahasama China Harbour Engineering Co Ltd dan UEM. Pembinaannya menggunakan laluan selatan dengan jarak 24km dengan kos keseluruhannya melibatkan RM12 billion dan dijangka siap pada pertengahan 2012.
Menurut sumber industri, saya difahamkan bahawa projek yang sedia ada ini tidak wajar diteruskan, kerana ianya melibatkan kos pembinaan yang terlalu tinggi. Saya difahamkan juga bahawa adalah lebih wajar untuk membina projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini dengan menggunakan laluan alternatif melalui laluan utara dengan jarak 10Km yang lebih dekat dengan melibatkan anggaran kos keseluruhan yang lebih rendah berjumlah antara RM7 hingga RM8 billion.
Berbanding dengan projek yang sedia ada, amat jelas bahawa cadangan projek laluan alternatif bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang berupaya menjimatkan RM4 billion dana awam.
Berikutan itu, saya mencadangkan supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai permasalahan dan alasan-alasan kukuh mengapa cadangan laluan alternatif bagi pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak boleh dipertimbangkan meskipun ianya berupaya menyelamatkan RM4 billion wang rakyat.
Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya telah memohon secara rasmi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya usul ini dibincangkan pada hari ini.
Sekian.
ANWAR BIN IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH